Mangsa yang terperangkap di Risda Eco Park di Kampung Ulu Slim, Perak selepas berlakunya fenomena kepala air di pusat rekreasi itu berkongsi detik-detik cemas yang dialami oleh mereka pada petang Jumaat lalu.
Detik-detik cemas itu dikongsikan oleh seorang mangsa yang terperangkap yang dikenali sebagai syis.ak menerusi TikTok.
Dalam video TikTok yang berdurasi lebih seminit itu, apabila dia sampai di pusat rekreasi itu pada jam 3.30 petang, masih belum hujan dan air sungai juga masih jernih.
Kemudian, pada sekitar jam 6.37 petang, dia yang baru sahaja selesai mengangkat barang-barang yang dibawa dari kereta ke kawasan khemah terkejut apabila tiba-tiba, dia terdengar bunyi air yang kuat dan arus air sungai juga mula deras.
@syis.ak Pengalaman sehasta dari kematian. Terima kasih Allah untuk peluang kehidupan ini. @cikgu_teha_ahmad #risdaecopark #kepalaair #camping #campers #uluslim #slimriver
Artikel Berkaitan: Jambatan Slim River – Behrang Ulu Runtuh Akibat Kejadian Kepala Air Dan Empangan Pecah
Artikel berkaitan: Tragedi Kepala Air Bidor: Ibu & Anak Lelaki Umur 4 Tahun Ditemui Lemas, 2 Lagi Mangsa Hilang
Menurutnya juga, dalam masa dua minit sahaja, air sungai melimpah. Seminit kemudian, air tersebuh sudah melimpah hingga sampai ke kawasan khemah dan dia terpaksa memilih sama ada mahu selamatkan barang dalam khemah atau keretanya.
Mangsa menceritakan dia dan individu-individu lain yang datang mahu beriadah di pusat rekreasi itu terperangkap tidak dapat keluar dari situ kerana terkepung oleh air yang sangat laju, malah jalan keluar dari situ yang sebelum ini boleh dilalui dengan kereta juga telah menjadi sungai akibat air yang melimpah.
Kesemua mangsa berkumpul di dewan pusat rekreasi dan difahamkan, air sungai naik begitu tinggi tidak lama kemudian kerana kesemua mereka terpaksa naik ke atas pentas di dewan itu untuk menyelamatkan diri.
Kesemua mereka yang terperangkap di Risda Eco Park itu akhirnya berjaya diselamatkan pada Sabtu.
Sumber: TikTok @syis.ak, Astro AWANI