in

Mangsa Kebakaran Putra Heights Tolak Bantuan Asnaf RM500, Sifatkan Diri Pembayar Zakat – LZS

mangsa putra heights tolak bantuan zakat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah dikenal pasti sebagai yang layak terima bantuan asnaf, tetapi ada segelintir daripada mangsa letupan dan kebakaran gas di Putra Heights enggan menerima wang zakat tersebut.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Khaidzir Shahari ketika pihaknya menghulurkan bantuan awal sebanyak RM500 kepada mangsa yang terlibat.


Menurut Mohd Khaidzir, mangsa menolak menerima bantuan itu kerana mendakwa masih mampu untuk berdikari.

“Ada yang kata mereka pembayar zakat, jadi tak nak terima, tapi tetap cuba hubungi seorang demi seorang kerana niat kami hanya untuk bantu,” ujarnya.

Putra 2

Artikel berkaitan: “Tak boleh lari, di akhirat akan ditanya” – 5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

Artikel berkaitan: “Bilik ni jarang ditutup pintu” – Bilik Solat Terselamat Walau Rumah Rosak Teruk Akibat Kebakaran Putra Heights

Bantuan itu difahamkan adalah sebahagian usaha segera LZS selepas insiden berlaku membabitkan hampir 300 penduduk Muslim termasuk 166 individu asnaf yang dikenal pasti menetap dalam kariah terbabit.

Kini, LZS sedang berusaha menjejaki mangsa yang belum dikesan, terutama mereka yang tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) dan memilih tinggal bersama keluarga atau saudara-mara.

Malah, kerjasama sedang dijalankan dengan agensi seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan.

Jelasnya, bantuan ini merupakan sokongan segera kepada semua mangsa terlibat, sementara LZS menunggu maklumat lengkap bagi menyalurkan bantuan seterusnya.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.