in

“Mangsa berada 10 meter dari lokasi” – Rakyat Malaysia Tercedera Dalam L*tupan Di Pattani

syaz ft 2025 01 13T164637.217

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga Malaysia serta enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi Isnin (13 Jan).

Menurut laporan The Star, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi selepas perarakan polis di balai itu, kata Ketua Polis Mueang Pattani Kol Jeffery Sulaiman.


Artikel berkaitan: Dikebumikan Di Bangkok, Atlet Paragliding Malaysia Meninggal Dunia Ketika Berlatih Di Thailand

Artikel berkaitan: Artis Thailand Jadi Pilihan Untuk Ganti Penyanyi Asal Nyanyi Lagu ‘Bea Soba Bea Raya’

6c204094b8e0c5b6985bb7652e76aecb

“Siasatan awal mendapati bom itu dipercayai dilekatkan pada motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis,” katanya.

Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berusia 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat kaca pecah susulan daripada letupan itu.

Difahamkan, lelaki warga Malaysia itu berada di dalam kereta menunggu isterinya yang sedang membuat laporan mengenai kehilangan dokumen perjalanan di balai polis tersebut ketika letupan itu berlaku.

Kereta mangsa berada hanya kira-kira 10 meter dari lokasi letupan dan itu menyebabkan cermin kenderaannya pecah.

Dalam pada itu, difahamkan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut.

Sumber: The Star

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.