in

“Mandilah Singapura” – Tak Mandi Pagi Sebab Tak Cukup Tidur, Luahan TikToker SG Undang Perdebatan

mandilah singapura sebelum keluar kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi rutin harian tambahan pula bagi kita yang tinggal di negara beriklim khatulistiwa untuk mandi pagi sebelum keluar bekerja.

Namun, tak ramai juga yang tahu rupa-rupanya wujud individu yang tidak mandi pagi dan memulakan rutin harian mereka dengan terus keluar bekerja tanpa perlu membersihkan diri.


singapore 892574 1920

Meskipun ia isu terpencil, namun perkara ini telah menjadi perdebatan hangat di kalangan netizen di Singapura apabila seorang TikToker telah memberi teguran terhadap pengguna pengangkutan awam untuk mandi sebelum menaiki pengangkutan itu.

Artikel berkaitan: ⁠”Terus letak balik pam” – Orang Ramai Puji Pekerja Ini, Halang Pemilik Kereta Singapura Isi Minyak Bersubsidi

Artikel berkaitan: Sistem VEP Pamer Saman PDRM, Netizen Singapura Tak Puas Hati?

“Tolong mandi sebelum keluar rumah” 

Menurut TikToker Singapura, Steph Leong, dia meminta warga Singapura terutamanya golongan lelaki Millenial dan Gen Z untuk mandi pada waktu pagi sebelum menaiki pengangkutan awam.

Dalam video itu, Steph juga menggambarkan bau badan yang tidak menyenangkan dari individu yang tidak mandi seakan-akan bau ‘cadar busuk’ dan ‘peluh yang diperap bersama rambut yang berminyak’. Euww! 

@mianbaobreadpan

I did consider if I was just more sensitive because I have an acute sense of smell BUT wayyyyy too many people voted and agree with me, some even shared their personal stories and it’s nasty af 🤢 I don’t know, what do y’all think? singapore

♬ original sound – Steph Leong – Steph Leong

Tak cukup tidur punca tak mandi pagi? 

Posting yang dimuat naik Steph itu menerima pelbagai reaksi netizen dan ada di antaranya tidak bersetuju dengan tegurannya itu kerana mempunyai sebab tersendiri.

TikToker bernama Xinhui telah meminta netizen untuk berhenti memintanya mandi pada waktu pagi kerana dia tidak mahu bangun awal semata-mata untuk mandi pagi.

Tolong jangan minta kami mandi sebelum menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. 

“Kamu nampak tak ini? (sambil tunjukkan eyebag pada mata) Dahlah tak cukup tidur, lagi kamu semua minta kami bangun awal untuk mandi. Itu takkan terjadi,” katanya.

@xinderellah

please 🙏🙏🙏

♬ original sound – xinhui – xinhui

Susulan video reaksi tersebut, rata-rata netizen membanjiri ruang komen video itu dengan meminta TikToker ini untuk tidak menggunakan pengangkutan awam jika dia tidak mandi pagi.

Malah ramai juga mengatakan bahawa mandi pada waktu pagi adalah untuk menjaga kebersihan diri dan menghormati orang lain dengan mempunyai bau badan yang wangi.

didid

Disebabkan perdebatan ini, netizen kemudian muncul dengan slogan ‘Mandilah Singapura’ (tajuk lagu kebangsaan Singapura ‘Majulah Singapura’) sebagai perlian kepada individu yang tidak mandi pada waktu pagi.

singapura mandi

 

Agak-agak ada tak yang jenis macam ni dekat Malaysia? Tak mandi pagi terus pergi kerja. 

Sumber: X, TikTok (1), (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.