Menteri Pengangkutan sementara, Wee Ka Siong diselar oleh netizen dan bekas Ahli Parlimen kerana masih berdiam diri dalam isu terbaharu membabitkan penutupan 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya selama seminggu bermula hari ini.
Stesen itu juga ditutup semalam, selepas kerosakan sistem kawalan tren automatik dikesan dan difahamkan, masalah yang sama turut berlaku pada Isnin lalu.
Ketika pengurusan tertinggi pengendali tren Prasarana itu mengadakan sidang akhbar hari ini bagi menjelaskan penutupan selama seminggu tersebut dibuat demi keselamatan penumpang, ahli politik segera mempersoalkan keberadaan Wee yang masih belum mengulas tentang isu tersebut.
“Mana Wee Ka Siong?”
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil turut ‘mencari’ menteri pengangkutan tersebut menerusi ciapannya di Twitter.
Sementara itu, menurut calon Pakatan Harapan untuk Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, menteri pengangkutan sementara tersebut masih belum mengulas secara terbuka mengenai masalah LRT setakat 11.17 pagi tadi dan catatan terakhir Wee pada malam semalam menunjukkan presiden MCA tersebut sediang giat berkempen di Raub, Pahang.
Pun begitu, beberapa jam tadi, warga Twitter telah berkongsikan sebenarnya Wee baru sahaja tiba di Ayer Hitam bagi mengikuti Majlis Ramah Mesra bersama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bersama warga Parlimen Ayer Hitam.
While LRT’s are down in KL, Transport minister Wee Ka Siong arrives at Ayer Hitam for campaigning.#GE15 #PRU15 #rapidkl pic.twitter.com/vY1YyUN0l1
— Elill (@Elill_E) November 9, 2022
Ketika kami cuba membuat semakan, ternyata perkara tersebut ‘disahkan’ oleh sesi live yang dibuat oleh Facebook rasmi menteri berkenaan menunjukkan beliau turut berada di sana.
Sementara itu, ‘#LRTDOWN’ dan juga ‘Wee Ka Siong’ merupakan topik yang trending di Twitter dengan menerima ciapan hampir 4,000.
Menurut laporan FMT, pembantu Wee ketika dihubungi pihak mereka berkata menteri itu akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.
Terdahulu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana , Azharuddin Mat Sah memohon maaf kepada semua penumpang terjejas atas gangguan perkhidmatan selama seminggu tersebut dan ia mungkin memberi pampasan kepada penumpang, khasnya pembeli pas bulanan My50.
Baca : Gara-gara LRT Tutup, Lebuhraya Persekutuan ‘Jammed’ Teruk Sampai Pukul 11 Pagi