in

“Mana tahu rezeki dapat berduet…” – Fazura Kongsi Detik Manis Bertemu Selena Gomez

Fazura Selena

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Mana tahu rezeki dapat berduet..." - Fazura Kongsi Detik Manis Bertemu Selena Gomez
Loading
/

Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura adalah antara selebriti yang sering kita lihat melancong ke luar negara atas urusan kerja dan peribadi. Namun, penyertaan pemilik House of Doll itu ke Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat kali ini benar-benar membawa tuah padanya.

Bukan sahaja membawa imej negara, pelakon filem J Revolusi itu malah berkesempatan bertemu secara peribadi bersama bintang Hollywood terkenal, Selena Gomez.


Detik manis itu dikongsikan Fazura bersama pengikutnya di Instagram dengan memuat naik beberapa gambar dan video.

Fazura 1
sumber: instagram
Fazura 2
sumber: instagram

Fazura yang menggayakan gaun berwarna hitam boleh dilihat menegur Selena sebelum mereka berpelukan ketika pertemuan itu yang berlaku di Coach House, Manhattan, Amerika Syarikat.

Sumber: Instagram

Post itu mendapat lebih 41,000 likes dan rata-rata peminat cemburu dengannya kerana bukan sahaja dapat berjumpa dengan pelbagai pereka fesyen seluruh dunia, tetapi selebriti antarabangsa kegemaran ramai di seluruh dunia itu.

“Bertuahnya Fazura! So humble both of them.”

“Cantiknya dua idola saya, Selena dan Fazura.”

“Apa ni, jealousnyaaaaa.”

“Mana tau rezeki dapat berduet dengan Selena Gomez.”

Selain Fazura, pelakon dari Indonesia yang kini menetap di Los Angeles, Cinta Laura Kiehl turut bertuah dapat bertemu penyanyi berusia 25 tahun itu.

Cinta, 24, turut tidak melepaskan peluang bergambar dan merakamkan detik itu sebelum berkongsi di Instagram hingga mendapat lebih 171,000 likes dari pengikutnya.

Cinta Laura
sumber: instagram

Menurut mStar, Fazura merupakan wakil Coach Malaysia bagi majlis itu bertujuan memberi peluang kepada pereka fesyen mempamerkan koleksi musim panas masing-masing. Minggu fesyen New York berlangsung dari 7 hingga 13 September 2017.

Untungnya jadi Fazura! Dapat juga dia berkenalan dengan lebih ramai orang dalam industri fesyen. Paling untung, dapat jumpa Selena Gomez tuuuu!

Baca: Temuramah Shah Rukh Khan di Mannat, Ada Yang Beri Komen Negatif Kepada Jaa Era FM

Srk Srk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.