in

“Mana tahu boleh jadi atlet” – KBS Benarkan Hari Sukan Sekolah Dianjurkan Di SNBJ Secara Percuma

Snbj Percuma Hari Sukan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) merupakan stadium yang sangat ikonik di Malaysia, bukan sahaja ia tempat berlangsungnya sukan-sukan besar seperti Sukan SEA dan Sukan Komanwel, bukan itu sahaja ia juga adalah homeground kepada skuad bola sepak negara, Harimau Malaya.

Bersempena dengan ulang tahun ke-25 Bandaraya Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) membenarkan sekolah-sekolah menggunakan SNBJ secara percuma untuk tempoh dua tahun khusus untuk mengadakan hari sukan.


1862121

Beliau berkata perkara itu selaras dengan inisiatif mempopularkan semula sukan di kalangan orang awam, dan salah satu daripadanya ialah membenarkan sekolah-sekolah menggunakan SNBJ secara percuma tertakluk kepada kekosongan.

“Ini selaras dengan pengumuman kami sebelum ini bahawa kami mahu fokus kepada olahraga sebagai sukan pembangunan untuk akar umbi di peringkat sekolah.

Saya benar-benar mahu pelajar sekolah merasai pengalaman berlari 100 meter di SNBJ dan mana tahu mereka akan mendapat inspirasi untuk menjadi atlet,” katanya.

Menurut BFM, penggunaan SNBJ secara percuma itu bermula Oktober ini dan tempahan boleh dibuat melalui PSM bermula bulan hadapan.

Selain itu, Hannah Yeoh turut memberitahu PSM juga telah menawarkan sekolah-sekolah untuk menggunakan Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara secara percuma.

Baca: “Masuk ke tak tu?” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Hannah Yeoh Cuba Sukan ‘Footgolf’

Snbj Venue Final Piala Malaysia | Stadium Astro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.