Selepas didakwa di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini, kes PU Azman makin hangat diperkatakan di media sosial.
Kes ini juga turut mendapat perhatian komposer lagu Damian Mikhail apabila dia telah memuat naik posting berunsur sindiran terhadap penceramah bebas yang memilih untuk berdiam diri mengenai kes PU Azman ini.
Menerusi Instagram peribadi, Damian mengatakan bahawa penceramah-penceramah bebas begitu lantang menyuarakan pendapat mereka mengenai konsert-konsert yang dianjurkan serta hal-hal artis namun diam tentang isu yang sedang tular ini.
Hal-hal artis, masa ada penganjuran konsert bukan main lagi cepat ostad ostad dan PU PU sembang kot kot bikin video, up posting cakap semua program maksiat, hiburan dunia dosa artis, nak berjuang demi Islam hentikan show show kami.
“Mana pula pergi suara-suara suci ni sekarang? Geng sendiri punya taste lain macam. Takdak bunyi ke?”
https://www.instagram.com/p/CjpRnmwyqJi/
Selain Damian, sebelum ini Baby Shima turut menyatakan hal yang sama melalui Instagram story apabila dia meminta PU dan ustazah mengulas hukum amang seksual. Shima juga turut mengatakan yang ustaz dan ustazah online memilih untuk menegur isu tertentu sahaja.
Untuk pengetahuan korang, PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man ini telah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Berdasarkan tiga pertuduhan, dia dikatakan telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan lucah melampau di antara pukul 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu.
Manakala dua lagi pertuduhan, tertuduh dikatakan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan di dalam sebuah bilik di rumah yang sama pada jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam, 5 Februari yang lalu, lapor Kosmo.
Baca: [VIDEO] PU Azman Hadir Mahkamah Atas Dakwaan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki