in

“Mana security?” – Pasangan Russia Bergambar Di Puncak Merdeka 118 Cetus Tanda Tanya Netizen

Pasangan Rusia Panjat Merdeka 118

Pasangan berani dari Russia, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau baru-baru ini telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan mereka berdiri di puncak menara Merdeka 118.

Tindakan pasangan yang dikenali dengan aksi berani mereka yang gemar memanjat bangunan dan melakukan lagak ngeri berkenaan di seluruh dunia tersebut telah menarik perhatian netizen tempatan.

Pada awalnya, Ivan memuat naik gambarnya berdiri di puncak menara tersebut pada Isnin di sebuah laman web sebelum ia tersebar di media sosial dan mendapat perhatian warga Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IVAN BEERKUS (@beerkus)

Menurut laporan NST, gambar tersebut dipercayai telah diambil menggunakan dron selepas pasangan tersebut berjaya memanjat menara kedua tertinggi di dunia tersebut menggunakan tangga.

“Saya berada di puncak, ianya menakjubkan”

Ivan turut berkongsi pengalaman serta beberapa keping gambar lain di laman web tersebut yang merupakan forum komuniti khusus untuk bangunan pencakar langit, menara, bangunan tinggi, pembinaan dan peminat perancangan bandar.

Aa15J1Ut

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh Ivan di Instagramnya di samping kapsyen yang kononnya ada seseorang yang pernah berbuat perkara yang sama telah ditahan selama beberapa bulan.

Menerusi kapsyen tersebut juga, Ivan sempat berkongsi beberapa perkara yang diamatinya ketika memanjat bangunan tersebut seperti terdapat banyak pintu yang tertutup, kamera litar tertutup dan sebagainya.

Selain itu,  posting yang sama di laman sosial yang lain mendapat persoalan ramai terutamanya tentang keselamatan di menara tersebut selain ada juga para pekerja yang sering memanjat bangunan berkenaan tidak dapat kredit yang sewajarnya dari masyarakat.

Cats 34

Pun begitu, dakwaan tentang penahanan tersebut tidak dapat disahkan kerana tiada sebarang carian yang dijumpai melainkan kejadian pada tahun 2009.

Ketika itu, seorang warga Perancis yang dikenali sebagai Alain Robert atau terkenal dengan gelaran Spiderman Perancis telah ditahan kerana cuba untuk memanjat KLCC selain didenda sebanyak RM2,000.

Baca : Saya Anak Malaysia! Ketahui Fakta Tentang Rekod Yang Diungguli Negara Kita

Cover 1

Sumber: TRP
Sumber: TRP