in

“Mana maruah awak?” – Jofliam Minta Cik Epal Hormat Tempoh Iddah

Syaz Ft 2024 10 14T125646.855

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah tangga pempengaruh terkenal Cik Epal dan Jofliam akhirnya bertemu noktah apabila kedua-dua mereka mengesahkan perceraian mereka.

Jofliam yang merupakan chef piza ternama itu, bagaimanapun menerusi IG story miliknya mendakwa bekas isterinya itu tidak menghormati tempoh iddah.


Artikel berkaitan: “Saya dah selesaikan tanggungjawab saya” –  Jofliam

Artikel berkaitan: Jofliam Jawab Isu Status Perkahwinan, Sudah Lafaz Taklik Pada Cik Epal Tapi...

Menurutnya, Cik Epal tidak menjaga maruahnya apabila ada netizen yang ‘kenenkan’ dia dengan pelakon yang baru juga bercerai iaitu Fattah Amin.

Clipboard0 Horz 1

Jofliam menerusi rantaian IG story tersebut dilihat sedang bercuti dengan dua anaknya, memberi teguran secara terbuka kepada bekas isterinya itu yang didakwa tidak bermuhasabah diri di dalam tempoh iddah ini.

“Awak buat tak tahu anak-anak. Dekat Instagram awak bagitahu dekat orang yang awak rindu dekat anak-anak. Awak dekat mana?

Sejak bercerai awak tinggal anak dan tak bagitahu pergi mana? Iddah saat kita jaga maruah kita sebagai seorang perempuan untuk kita muhasabah. Sekarang tengah iddah tengah kenen dengan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Jofliam juga menolak dakwaan yang dia sedang cemburu terhadap kehidupan bekas isterinya itu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.