Beberapa hari lepas, kecoh mengenai seorang pembuli siber, P. Shalini yang didenda RM100 selepas menjadi salah satu punca kematian mendiang Rajeswary Appahu atau dikenali dengan nama Esha.
Walaupun dia mengaku bersalah atas tuduhan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa bagi membangkitkan kemarahan, denda RM100 itu dipersoal oleh kebanyakan netizen yang beranggapan nilai tersebut terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nyawa seseorang.
“Mana logiknya?”
Pun begitu, salah seorang pengguna TikTok @hanifloid tampil memberikan pandangannya mengenai nilai denda RM100 tersebut. Dia turut menceritakan tentang pekerjanya yang terlanggar tiang jalan raya akibat tertidur ketika memandu namun dikenakan saman RM300.
Artikel berkaitan: Kes Buli Siber Esha: Pembantu Rumah Mengaku Bersalah Didenda RM100
Artikel berkaitan: “Saya pun hairan RM100 macam tu” – Ibu Esha Kecewa, Denda Dikenakan Pembuli Siber Tak Setimpal
Aku tak boleh nak terima, staf aku kena saman RM300 sebab langgar tiang sampai patah sebab kecuaian dia tertidur, orang lain buli siber sampai menyebabkan kematian terhadap orang lain kena saman denda setakat RM100 je?
Adakah nilai sebuah tiang penanda jalan lebih berharga daripada nyawa seorang manusia? Saya duduk diam terfikir berhari-hari, apa logiknya?
Dia juga bingung dengan undang-undang negara yang dikatakan memandang remeh kes buli siber.
@hanifloid Saya kene SAMAN #hanifloid
Kecewa lihat reaksi bapa pembuli

Hanif bagaimanapun kecewa melihat tingkah laku bapa kepada si pembuli siber yang nampak seperti menyebelahi anaknya, jadi dia minta para ibu bapa supaya lebih tegas dengan anak-anak.
Saya cakap dengan isteri, kita kena bagi anak kita faham bahawa kita tak boleh nak bertolak ansur dengan pembuli. Setiap kali anak saya buat silap, dia terus peluk isteri saya dan minta maaf walaupun anak saya tu bersalah dengan saya atau orang lain.
Macam mana seorang bapa boleh terima kelakuan anak dia begitu. Saya tak faham logik di sebalik semua ni.
Dia turut meminta pendapat netizen terutamanya para ibu bapa, adakah mereka boleh bertoleransi jika anak mereka melakukan kesilapan sebegitu.
Ramai netizen turut memberikan pandangan mereka di ruangan komen.

Harap undang-undang buli siber ni lebih tegas..
Sumber: TikTok
