Kecoh di media sosial sejak beberapa minggu lalu selepas ada dakwaan penerima vaksin Covid-19 ada ‘kesan sampingan’ yang boleh melekatkan objek logam pada badan.
Dah ramai yang menyangkal dakwaan ini dengan hujah-hujah mereka. Tampil memberikan info mengenai dakwaan itu, seorang lelaki menjelaskan ‘kesan sampingan’ akibat vaksin itu melalui sudut fizik. Korang boleh tengok video yang dipetik dari Facebook Ajar kat bawah ni.
https://www.facebook.com/watch/?v=1354049324990698&extid=NS-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C
Mana ada magnet
Min pun tak sure siapa yang start dulu main letak-letak sudu garfu kat bahu lepas cucuk vaksin ni. Nasib baik ada page ni yang explain lebih pasal ‘kesan sampingan’ vaksin secara sains. Cerita dia memang takde magnet lah dalam vaksin.
Haa… min baca dua-tiga kali pun tak berapa nak tangkap lagi. Tapi yang pastinya memang takde lah magnet dalam vaksin. Vaksin tu cecair tau, bukan pepejal.
Tiba-tiba nanti semua ada super power macam cerita superheroes. Yang bestnya semua ada power yang sama, semua nak jadi Magneto macam dalam cerita X-Men tu.
Terima kasih kepada brader dari page Ajar tu yang buat video penjelasan dari sudut sains dan fizik. Sampai sanggup potong garfu kat rumah tu semata-mata nak buat eksperimen.