Ada yang menyebut, kesakitan anak yang kehilangan ibu bapa tidak seperti ibu bapa yang kehilangan anak. Lebih-lebih lagi jika anak itu hilang dan tidak dijumpai setelah pelbagai cara dilakukan.
Seperti yang terjadi baru-baru ini apabila Gabenor Indonesia Ridwan Kamil kehilangan anaknya pada 26 Mei lepas yang dipercayai lemas di Sungai Aare, Switzerland. Mangsa Emmeril Kahn, tidak dijumpai sehingga ke hari ini.
Dalam laporan CNN Indonesia, keluarga mangsa dikatakan sudah akur dengan kehilangan anaknya dan mengatakan Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih mesra dipanggil Eril telah meninggal dunia.
Berita itu sedih itu membuatkan ramai yang menitipkan doa terutama sekali rakyat Indonesia, malah ibu kepada Eril iaitu Atalia Praratya juga meninggalkan pesanan yang buatkan ramai tersentuh.
https://www.instagram.com/p/CeTFt9Ppc1S/?utm_source=ig_web_copy_link
“Ril, mamah pulang dulu ke Indonesia ya”
Selepas seminggu mencari, Ridwan Kamil dan Atalia Praratya memutuskan untuk pulang ke Indonesia. Menerusi laman Instagram dan Twitternya, Atalia memuat naik foto di tebing sungai Aare bersama Ridwan Kamil dan anak perempuannya, Zara.
Atalia Praratya ‘melepaskan’ anak sulungnya dengan ucapan selamat dan doa, serta tulisan kapsyen yang menyentuh hati, ruangan komen pula dilimpahi dengan doa serta sokongan buat keluarga itu.
“Insya Allah kamu tidak akan kedinginan, kelaparan atau kekurangan apapun. Bahkan kamu akan mendapatkan limpahan kasih sayang, karunia dan kebahagiaan yang tak pernah putus.
Disini, di sungai Aare yang luar biasa indah dan cantik ini, mamah lepaskan kamu, untuk kita bertemu lagi cepat atau lambat.” tulisnya
Sebelum ini, ketika misi pencarian Eril dijalankan, Ridwan Kamil menzahirkan rasa terima kasih yang tulus melalui laman Instagram miliknya, Gabenor Jawa Barat itu turut menggantikan foto profil Instagramnya dengan foto Eril semasa kecil.
Semoga keluarga Eril sentiasa tabah…
Baca: Anak Gabenor Hilang Di Sungai Switzerland, Netizen Indonesia ‘Lepas Geram’ Di Google Maps