Baru-baru ini, kecoh apabila pempengaruh terkenal, Marissa Dania Hakim dikatakan telah kehilangan anak sulungnya susulan bayi tersebut dilahirkan pra matang.
Menurut laporan media, suami Marissa, Aslam, dikatakan telah memberitahu kedua-dua ibu bapa Marissa mengenai khabar duka tersebut.
Aslam juga mengesahkan bahawa berita tersebut hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Bagaimanapun, ibu Marissa, Abby Abadi menafikan telah menerima sebarang berita mengenai keguguran yang dialami anaknya itu.
Artikel berkaitan: Anak Sulung Marissa Dania Dan Aslam Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan
Artikel berkaitan: Kongsi Detik Keluarga Berkumpul, Abby Abadi, Memey Suhaiza & Marissa Dah Berdamai
Tidak lama selepas itu, Abby telah memuat naik satu video pendek di laman Instagram beliau mengenai ibu yang bahagia.

Menurutnya, tidak perlu menjadi mama yang sempurna tetapi berusahalah untuk menjadi mama yang bahagia.
“Kita harus waras untuk menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak dan hal-hal lain.
“Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia,” katanya dalam video tersebut.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah komen yang ditinggalkan Marissa pada video sama.
Dalam komen tersebut, Marissa berkata ‘Tidak mahu balas WhatsApp saya ke mama’.
Perkara tersebut secara tidak langsung seakan-akan menggambarkan ‘krisis’ yang dialami oleh dua beranak tersebut.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati komen tersebut telah dipadam oleh Abby setelah beliau menerima kecaman hebat dari netizen.
Sumber: Kosmo Online