Bantuan dihulurkan tidak perlu sehingga ribuan ringgit untuk mengukir senyuman di wajah mereka yang memerlukan. Kadang kala, hanya dengan satu tindakan kecil sudah mampu membuat kita sendiri juga tersenyum.
Menurut perkongsian netizen dari Sabah bernama Mohd Syafiq di Facebook, dia sedang makan di sebuah restoran sebelum tiba-tiba terdengar suara dari belakang menegurnya.
Sebaik menoleh, dua kanak-kanak sedang berada di belakangnya dan dia terus bertanya apa yang mereka mahukan.
Ada duit tak? Lapar…”
Kasihan dengan dua kanak-kanak yang kelihatan tidak terurus itu, Shafiq sebaliknya terus mempelawa mereka untuk duduk makan bersamanya di meja yang sama. Sambil menarik kerusi, dia memberi isyarat supaya mereka duduk untuk makan.
Menurut Shafiq, apabila ditanya tentang umur, mereka berdua sama sekali tidak tahu menahu. Mereka kemudian memperkenalkan diri sebagai Melvin dan seorang lagi dipanggil Tutu.
Tanpa berlengah, Shafiq kemudian memanggil pekerja restoran itu untuk mengambil pesanan. Selepas bertanya, dia kemudian memesan dua nasi ayam dan air milo untuk dua kanak-kanak tersebut.
Namun apa yang diberitahu mereka kepadanya selepas itu ternyata telah menyentuh hatinya dan netizen lain yang membaca perkongsian tersebut.
Apabila ditanya di manakah ahli keluarga, Melvin menjawab,
“Abang di sana sedang cari sampah. Mama sudah meninggal. Bapa di Kota Kinabalu tinggalkan kami semasa kami tidur, bila bangun tengok bapa tiada, aku menangis.”
Siapa tak menangis kalau ditinggalkan di usia macam ni 🙁
Shafiq meneruskan perbualan meskipun sudah sebak dengan apa yang didengarinya itu. Menurut Melvin lagi, setiap hari mereka akan menyelongkar sampah untuk mencari makanan.
“Kami selalu makan keropok, KFC, sisa makanan orang lah.”
Shafiq kemudian memberitahu mereka supaya mengutip tin atau besi jika sedang menyelongkar sampah untuk dijual.
“Kamu kumpul banyak-banyak, lepas tu kamu jual nanti takde lah kamu makan makanan di sampah. Sudah boleh beli makanan di kedai yang bersih.”
Adik beradik itu juga tidak mempunyai baju, seluar dan selipar sebelum ini dan hanya dapat selepas mengutip di longgokan sampah.
“Masa aku tiada selipar tiada orang mahu kawan, tapi sekarang ada lah walaupun selipar sebelah lain.”
Alahai sedihnya.
Shafiq turut menceritakan bagaimana mereka makan dengan begitu gelojoh kerana terlalu lapar. Dia sempat merakamkan saat kanak-kanak itu menikmati makanan dan minuman.
Tonton video di bawah:
Tidak semua orang bernasib baik seperti anda. Sedikit bantuan yang diberikan sudah cukup membuatkan mereka bahagia.
Baca: Wanita Sebak Lihat Kanak-kanak Melilau Cari Sisa Makanan di McDonald’s KL Sentral