Satu kebiasaan apabila melihat pengantin tersipu malu di hari pernikahannya, selalunya pengantin wanita lah yang akan melebih-lebih malunya.
Tapi lain pula dengan kes dalam video yang dikongsikan melalui TikTok Kashfi Akif ini. Dalam perkongsian tersebut, dilihat pasangan pengantin sedang ingin melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah, si pengantin lelaki tu macam ‘tak senang duduk’.
Pengantin lelaki malu nak sentuh isteri
Dikatakan, pengantin itu terlalu malu dan gugup untuk bersalaman dengan wanita yang baru sahaja sah menjadi suri hatinya. Oleh sebab itu, si ibu tenangkan pengantin lelaki dan memaksanya untuk sentuh tangan isterinya, sampai terketar-ketar tangan nak pakaikan gelang dekat isterinya.
@kashfiakif1 Malu sangat sampai mak plak pergi paksa 😅😂#fyp #pengantin
1 dalam sejuta lelaki macam ni – Netizen
Melihat video tersebut, ramai yang memuji cara lelaki ini, bagi mereka ia seperti satu kemanisan dalam hubungan.
Malah, mereka juga anggap bahawa si isteri ini bertuah kerana mempunyai suami yang limited edition seperti dia.
Dalam masa 2 hari ia dikongsikan, video ini telah meraih lebih daripada 300 K jumlah tontonan, rata-rata netizen turut mendoakan agar mereka semua bahagia hingga ke jannah. Amiinn.