Baru-baru ini, demam drama Korea Crash Landing On You telah melanda seluruh dunia termasuklah di negara kita dan negara jiran iaitu Indonesia. Admin pun sampai terikut sekali sebab oppa semua handsome!
Kali ini admin nak kongsikan stesen televisyen CNN Indonesia bagaimanapun tersalah memaparkan gambar pelakon lelaki drama tersebut iaitu Hyun Bin ketika berita yang disiarkan adalah mengenai pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Un.
Dalam berita yang dipaparkan itu, dorang sebenarnya nak ceritakan tentang keadaan kesihatan Kim Jong Un yang kritikal.

Untuk pengetahuan korang, drama Crash Landing On You mengisahkan tentang percintaan yang terhalang antara askar Korea Utara yang dilakonkan oleh Hyun Bin dan wanita dari Korea Selatan yang dilakonkan oleh Son Ye-Jin.


Dalam drama tersebut, pelakon Hyun Bin telah membawakan watak utama sebagai askar iaitu Captain Ri Jung Hyuk.

Video permohonan maaf tersebut juga telah dimuat naik di Facebook rasmi CNN Indonesia namun telah dipadam selepas beberapa hari.

Don’t apologize to us, apologize to the Supreme Leader ?#CNNIndonesia #KimJongUn #NorthKorea #CrashLandingOnYou pic.twitter.com/RRnIWSDINX
— Putra Daskian (@putradaskian) April 21, 2020
Takpe lah, yang penting kita kena belajar daripada kesilapan. Tapi, drama tu memang best pun.

