in

“Malaysia power!” – Ramai Tak Tahu Supa Strikas Sebenarnya Hasil Ciptaan Studio Tempatan

pagezc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka tengok cerita Bola Kampung masa kecil dulu? Korang tahu tak sebenarnya siri Bola Kampung tu dihasilkan oleh studio penerbitan yang sama dengan siri animasi bola sepak popular, Supa Strikas.

Sebelum ini tular di laman sosial apabila kedua-dua siri animasi itu dibandingkan, meskipun Supa Strikas dan Bola Kampung masing-masing mempunyai tarikan dan trademark mereka tersendiri.


Ya, mungkin ramai yang tak tahu siri Supa Strikas tu sebenarnya hasil terbitan studio animasi tempatan, Animasia Studios. Mana tidaknya, siri ini lebih dikenali orang ramai kerana telah berjaya menebusi pasaran antarabangsa.

zz 1

Asal Usul Supa Strikas

Supa Strikas bermula sebagai siri komik yang diterbitkan di Afrika Selatan pada awalnya. Selepas menerima sambutan yang menggalakkan, siri komik ini kemudiannya menerima tajaan dari pelbagai jenama terkemuka seperti Caltex dan Nike.

2

Siri komik tersebut kemudiannya diadaptasi kepada bentuk animasi oleh Animasia Studios pada tahun 2009. Hasil kolaborasi bakat Malaysia dan Afrika Selatan, mereka dapat mengekalkan momentum yang baik hingga siri animasi itu bersiaran hingga 7 musim.

Bagi mereka yang tidak tahu, Supa Strikas berkisahkan pasukan bola sepak terkemuka, di mana para pemainnya terdiri daripada bakat-bakat besar dari serata dunia. Namun, mereka perlu menyesuaikan diri dalam permainan di mana pihak lawan mereka sentiasa penuh dengan kejutan.

1 11

Episod akhir Supa Strikas berjudul Game Over bersiaran pada tahun 2020, apabila watak utamanya, Shakes hilang minatnya terhadap bola sepak selepas tidak dapat beraksi dengan baik dalam tempoh masa yang panjang. Tapi selama ni memang kita tak pernah tengok Supa Strikas ni kalah pun, kan?

Karya lain Animasia Studios

Selain Supa Strikas, pasti ramai tak tahu bahawa beberapa siri kartun popular seperti Harry & Bunny dan Chuck Chicken juga merupakan ciptaan studio animasi tempatan yang sama, Animasia Studios.

2 14

Untuk rekod, Harry & Bunny serta Bola Kampung memegang rekod siri animasi paling lama mereka di mana masing-masing berjumlah 78 episod, berbanding Supa Strikas yang mengandungi 65 episod. Mereka turut menghasilkan filem Bola Kampung The Movie berkonsepkan animasi 3D.

2 1 1

Walaupun nama Animasia boleh dikatakan kurang dikenali berbanding Les Copaque, Monsta dan Wau Animation, namun mereka sememangnya layak diberikan lebih pengiktirafan atas pencapaian mereka menghasilkan siri animasi yang berkualiti.

Salute sangat kat studio underrated ni! Semoga terus membawa nama Malaysia di pasaran antarabangsa.

Sumber: Animasia dan Twitter

Baca: Viral Video Kubur Upin & Ipin Didakwa Hanya Imaginasi Opah, Pengarah Les’ Copaque Bagi Respon

Capturex 4

Sumber: Wikipedia
Sumber: Facebook
Sumber: Animasia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.