Bila Pakatan Harapan kemukakan manifesto PRU14 yang dorang akan hapuskan GST dalam masa 100 hari pentadbiran, ramai bersorak sebab nanti dah tak kena bayar caj lebihan 6% tu. Tapi bila kerajaan HARAPAN dah berjaya ambil alih pentadbiran negara, ramai pulak yang bimbang pasal ni.
Rakyat duk tertanya-tanya, boleh jalan ke negara kita ni survive kalau tak ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)? Mungkin sebab selalu disogokkan yang GST ni dilaksanakan demi kepentingan rakyat, kita jadi musykil betul ke Malaysia mampu hidup tanpa GST?
Malaysia boleh hidup tanpa GST
Jangan bimbang rakyat jelata! Menurut Malaysiakini, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang baru sahaja dilantik Tun M memberitahu bahawa tanpa GST pun kita boleh je hidup dan Malaysia masih mampu jana hasil. Waaah, ye ke ni?
Tan Sri Zeti dulu merupakan bekas gabenor Bank Negara Malaysia selama 16 tahun dan merupakan wanita pertama menerajui bank pusat berkenaan. Maknanya dia memang arif dengan hal-hal duit dan ekonomi ni gais.

Empat cara jana hasil negara
Menurut Tan Sri Zeti, Malaysia mampu memenuhi perolehan walaupun selepas memansuhkan GST dengan empat cara ni:
- Meneliti keutamaan projek-projek mega
- Meningkatkan kecekapan sektor awam
- Mengelakkan pembaziran
- Meneroka sumber pendapatan baru
Tan Sri Zeti juga menyatakan bahawa dia yakin bahawa tempoh 100 hari adalah mencukupi untuk melakukan pengubahsuaian serta perubahan kepada negara.
“Kita dah buat sebelum ni dan akan mampu ulanginya”
Bercakap mengenai penelitian semula keutamaan projek mega, Tan Sri Zeti memaklumkan bahawa mereka telah melakukannya pada zaman Tun M dahulu di abad 1990-an.
“Berikutan banyaknya projek-projek mega yang dilaksanakan, imbangan pembayaran defisit akaun semasa kita melebihi 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkatkan ketidaktentuan negara.”

“Pada waktu itu, kita menasihatkan beliau supaya meneliti semula keutamaan projek-projek mega dan menangguhkan pelaksanaannya pada masa depan.”
“Dalam masa dua tahun, imbangan pembayaran defisit akaun semasa pulih kepada 4.6% daripada KDNK berbanding melebihi 10% seperti sebelumnya. Kita sudah melakukannya sebelum ini dan akan mampu mengulanginya.”
Wah memang dah terbukti yang cara ni berhasil dulu! Semoga kerajaan baru akan mampu pulihkan negara tak lama lagi!
Baca: 14 Perkara Yang Berlaku Sejak Pakatan Harapan Ambil Alih Kerajaan