Malaysia bakal menerima 110,000 ubat antiviral Covid-19, Paxlovid keluaran syarikat Pfizer pada bulan ini.
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pada hari ini menjelaskan perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan produk farmaseutikal telah dipersetujui pada Februari lalu. Menurut laporan dari Astro Awani, bekalan ubat antiviral itu dijangka akan tiba dalam tempoh dua minggu lagi.
Paxlovid akan sampai bulan ini. Kita sudah muktamadkan perjanjian dengan Pfizer bulan lepas dan saya sudah tandatangani perjanjian tersebut”