Baru-baru ini tular di platform media sosial X menerusi platform Curious Cat (CC) tentang perkongsian seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.
Menurut perkongsian tersebut, dia terkilan kerana para tetamu majlis kenduri kahwinnya tidak cukup makanan kerana ada saudara mara pengantin perempuan yang secara tiba-tiba mengajak jiran-jiran mereka untuk turut datang ke majlis itu tanpa persetujuan dan pengetahuan pasangan pengantin.
Difahamkan, majlis nikah dan sanding wanita itu sepatutnya hanya menerima 150 orang sahaja kerana pengantin tersebut memang mahukan majlis yang kecil-kecilan sahaja.
[CC] Fel i nak story sikit pasal majlis nikah + sanding i yang huru hara baru2 ni. I just jemput 150pax and buat dekat venue yg sangat cantik and perfect for me. It was supposed to be intimate & my parents ok je. Yang tak ok is my relatives.
Dorang cakap sikit sangat 150pax tu…
— pel calico lover (@pelisahh) January 2, 2024
Perkongsian wanita itu telah menarik perhatian ramai kerana meskipun mempunyai pertalian darah, saudara mara pengantin tidak sepatutnya melakukan sesuatu tanpa persetujuan pengantin itu sendiri.
Namun, sebuah syarikat di Indonesia ini pula telah menyediakan perkhidmatan buku tetamu digital yang akan membantu pengantin untuk menyelesaikan masalah tetamu yang tak diundang ketika majlis mereka.
Syarikat tersebut yang dikenali sebagai grinvitation di Instagram baru-baru ini telah berkongsikan perkhidmatan buku tetamu digital itu agar orang yang tidak dijemput tidak boleh masuk ke dalam dewan majlis.
Artikel Berkaitan: “Mas kahwin satu set alat sekolah”- [VIDEO] Tetamu Terhibur Lihat Bapa Pengantin Perempuan Tersasul Ketika Akad Nikah Anak
Artikel Berkaitan: “Dia buat macam majlis dia” – Wanita Terkilan Majlis Kena ‘Hijacked’ Dengan Orang Luar
Dalam video itu dapat dilihat bahawa tetamu yang diundang perlu mengimbas (scan) QR Code jemputan yang telah diberikan oleh pengantin sebelum hari majlis di pintu masuk dewan kenduri.
Jadi, jika tetamu tak ada kod QR jemputan majlis itu, kiranya dorang tak boleh masuk lah.
Selain boleh menyelesaikan masalah tetamu ghaib atau orang yang tidak ddiundang, perkhidmatan tersebut juga memudahkan pengantin untuk mengetahui tetamu mana yang hadir dan siapa yang tak hadir sebab data akan terus masuk ke dalam komputer.
Ye lah, bila kita ke majlis kahwin ni, kadang-kadang tu tak sempat jumpa dan bergambar dengan pengantin sebab kelam kabut.
Harapnya ada lah servis buku tamu digital yang kena scan kod QR jugak macam ni dekat Malaysia kan.
Sumber: Instagram @grinvintation