Korang ingat lagi tak kes kemalangan tragis yang melibatkan seorang remaja maut selepas terkena kerusi pejabat yang dipercayai dibaling dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai tu?
Ok kali ni ada lagi kes baling barang dari tingkat atas. Seorang netizen yang dikenali sebagai Musa di status Facebooknya telah memuat naik satu post tentang kejadian yang berlaku kepada salah seorang anak buah kawannya di Flat PPR Gombak Setia 41, semalam.
Baling besi basikal dari tingkat atas
Katanya, batang besi basikal dibaling dari atas dan jatuh kebawah. Malangnya sewaktu tu mangsa tengah berjalan dan besi tu jatuh tepat terkena kepala mangsa. Habis berdarah kepala mangsa yang kena tu, ya Allah seram admin tengok!
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Teruk! Sikap sesetengah netizen yang tingal dekat rumah Flat ni kadang-kadang dah melampaui batas. Ada ke barang besi keras macam tu dibaling ke bawah?
Tidak ada rasa tanggungjawab dan nilai moral
Kejadian ni banyak menimbulkan rasa marah dan kesal dari netizen atas sikap penghuni rumah Flat yang tidak ada rasa tanggungjawab dan nilai moral seakan-akan tiada langsung dalam diri tu.
Sumber: Facebook
Netizen di Twitter juga turut memberi komen tentang kes ni. Nampaknya ramai juga yang bengang dan panas dengan kes ni.
Sumber: Twitter
Ada juga yang kata sesetengah orang yang duduk flat ni tak dengar apa orang cakap dan tak ambil peduli langsung, bila dah jadi macam ni akan menyusahkan orang lain. Di ruang komen juga, netizen turut berkongsi kejadian yang berlaku ditempat mereka. Pergh! Sampai lesung batu pun dibalingnya!
Sumber: Facebook
Admin ingat lepas kes baling barang sampai meragut nyawa tu dah tak akan ada lagi dah kes baling barang ni. Harap korang yang duduk rumah Flat ambil iktibar dan jangan la sesuka hati je nak baling barang kat bawah. Bahaya tahu tak?
Baca: Konvoi Motosikal Buat Bising di Majlis Perkahwinan Cetus Pergaduhan Berparang di PPR Gombak Setia