Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan dua pelakon ditangkap khalwat bukan satu gimik untuk promosi drama.
Beliau berkata, penangkapan dibuat selepas pihak penguat kuasa agama menerima aduan daripada pihak ketiga.
Jelasnya, Jawi sama sekali tidak akan terbabit dalam sebarang usaha penguatkuasaan semata-mata untuk tujuan sedemikian, termasuk bagi melaris dan mempromosikan drama dilakonkan dua selebriti itu.
Artikel berkaitan: “Cuma 30 minit” – Dakwa Fakta Laporan Tak Tepat, Ruhainies Nafi Jawi Tunggu Sampai 3 Jam
Artikel berkaitan: “Terpaksa panggil bomba”- Dicekup Berkhalwat Dengan Seorang Pelakon Wanita, Pihak JAWI 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu Kondo
“Maksiat tetap maksiat, tak boleh dipromosikan. Tak timbul langsung pihak Jawi jadikan ini (tangkapan selebriti) itu sebagai gimik.
“Sebaliknya, Jawi laksana tindakan secara bebas dan adil. Khalwat adalah satu daripada kesalahan di bawah Kanun Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan,” jelasnya.
Terdahulu industri hiburan negara digemparkan dengan penahanan pasangan pelakon di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Bagaimanapun, ada segelintir pendapat netizen yang mendakwa penahanan pelakon berkenaan kononnya sekadar marketing kerana kedua-dua individu itu dilaporkan sedang menjalani penggambaran bersama.
Justeru, netizen mempersoalkan penglibatan pihak penguat kuasa agama dan pada masa yang sama wartawan Melodi juga hadir di lokasi kejadian.
Menurut laporan, dua selebriti itu telah dibebaskan dengan jaminan, sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat.
Sumber: Harian Metro