in

“Makin suka Watie selepas kahwin” – [VIDEO] Akrab Dengan Anak Shuib, Netizen Suka Lihat Rutin Harian Baharu Watie

Watie Shuib Makin Akrab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan sensasi, usahawan Watie Hanifah dan pelawak Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib yang melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun lalu ini sering kali mendapat perhatian netizen.

Keakraban Watie bersama anak-anak Shuib semakin terserlah apabila dia sering memuat naik video menghabiskan masa bersama-sama.


Terbaharu, tular satu video yang dimuat naik di laman Instagram milik Watie yang sehingga kini mendapat hampir 55 ribu sukaan dan terima lebih 370 ribu tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Dalam video terbaharu tersebut, Watie berkongsi rutin hariannya bersama Shuib yang sedang mempersiapkan anak-anak untuk ke sekolah.

Selain dari itu, Watie juga menyediakan sarapan serta bekalan untuk dibawa oleh anak-anak dan turut menghantar mereka sehingga ke dalam sekolah.

“Makin Suka Watie Selepas Kahwin”

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberi pujian dan teruja melihat Watie menjalankan tugas sebagai seorang ibu tanpa berbelah bahagi selain netizen turut perasan yang pakaiannya semakin longgar selepas berkahwin.

Komen Watie Shuib

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Watie kekal istiqamah dalam berpakaian sedemikian dan ramai juga memuji kecantikan usahawan berkenaan apabila mengenakan tudung.

Baca : [VIDEO] Netizen Tuduh Cepat Sangat ‘Move On’, Abang Arwah Siti Sarah Tampil Pertahankan Shuib

Ft Abang Arwah Siti Sarah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.