in

“Makin melampau” – Israel Rampas Bukit Golan & Buka Penempatan Haram ‘Trump Height’ Sempena Nama Presiden AS

Featured Image 4 2

Dari dulu hinggalah kini kita sering mendengar tanah Palestin diserang oleh rejim zionis demi mewujudkan daerah kawasan ‘haram’ yang luas.

Bukan itu sahaja, dalam dunia sibuk melawan Covid-19, mereka turut ambil kesempatan dalam merampas sikit demi sedikit tanah Palestin. Allahu…

Tidak cukup dengan tanah Palestin, kini Israel dilaporkan cuba merampas dan membina penempatan haram di Bukit Golan, lapor Sinar Harian.

Golan3

Bukan setakat itu sahaja, dia telah menamakan kawasan itu sebagai ‘Trump Height’ sempena nama rakan baiknya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Difahamkan, Bukit Golan merupakan kawasan seluas 1,800 kilometer persegi yang dijadikan sempadan antara Palestin dan Syria pada dulunya.

Min sebut Palestin sebab asalnya Israel bukan ada tanah pun…

Golan4

Menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kabinet Israel telah meluluskan dana berjumlah RM9.8 Juta demi membangunkan kawasan itu.

Kini kawasan itu telah mempunyai penduduk kira-kira 300 keluarga yang dipercayai kesemuanya adalah orang Israel, lapor Al-Jazeera.

 

Kenapa Israel Nak Bukit Golan?

Menerusi Awani, Israel mahukan Bukit Golan itu kerana kedudukanya yang tinggi yang dapat memantau negara jiran iaitu Syria.

Ini kerana selepas konflik yang dicetuskan oleh Israel sendiri iaitu ‘Perang Enam Hari’ bertujuan untuk merampas kawasan di negara berkenaan.

Golan1

Dahulunya Bukit Golan masih di dalam daerah Syria, kini ianya ditakluki penuh oleh Israel.

Golan2

Dorang ni memang kejam, dalam otak fikir perang dan rampas negara je…

 

Baca: “Biadap tak boleh bawak bincang” – Musnahkan Klinik Sementara Pesakit Covid-19 Milik Palestin, Rejim Israel Cari Pasal Lagi

Annotation 2020 06 16 111343

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Google Map