in

Makin Digilai Ramai, Ini 6 Kedai Teh Estetik Yang Korang Kena Cuba

Kedai Teh Di Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia ni pantang ada benda viral dan sedang in-trend pasti semua nak cuba. Tidak kiralah sama ada minuman atau makanan, apa sahaja menarik pasti sanggup beratur panjang.

Kalau dulu pernah viral minuman teh boba, kali ini pula ramai yang sedang tergila-gilakan minuman teh.


Mungkin budaya minum teh dalam kalangan rakyat Malaysia sedang berkembang, maka tidak hairanlah semakin banyak kedai-kedai teh moden dan estetik di sini.

Apa yang membezakan kedai-kedai teh ini berbanding zaman dahulu, mereka bukan sahaja menyediakan minuman tetapi menyajikan pengalaman yang menggabungkan tradisi dengan kemodenan.

Artikel berkaitan: “Peniaga dah tak fikir berkat” – UAI Tegur Peniaga Viral & Pelanggan Yang Sanggup Tunggu Berjam

Jadinya, min senaraikan jenama yang menjual teh yang semakin digilai ramai di Malaysia. Mungkin ada yang korang sudah cuba dan ada yang belum.

1. HeyTea

Snapinsta.app 444795616 815759113311742 4925563717430567028 N 1080

Untuk peminat teh, jenama ini popular dengan teh buah dan turut menawarkan bermacam variasi teh. Katanya, minuman teh keju resipi mereka sebagai salah satu inovasi moden yang kini mendapat tempat dalam kalangan pelanggan muda.

Setakat ini, terdapat 8 lokasi kedai HeyTea di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Laman webHeyTea

InstagramHeytea.malaysia

FacebookHeytea MY

2. Beutea

Snapinsta.app 455365144 490440737024369 7276947727469426975 N 1080

Terkenal dengan konsep premium, Beutea menawarkan pelbagai minuman yang diilhamkan daripada tradisi teh Cina. Bagi mereka yang sudah mencuba minuman ini, antara pilihan yang menarik untuk dicuba ialah White Peach Oolong Milk Tea dan Da Hong Pao Milk Tea.

Kalau korang nak cuba minuman teh Cina, Beutea antara pilihan yang terbaik.

Laman web: Beutea

Instagram: beutea.msia

Facebook茶仙子 Beutea MY

3. Auntea Jenny

Auntea Jenny

Sama juga dengan jenama-jenama teh lain yang menawarkan pelbagai variasi teh, tapi dekat sini lebih terkenal dengan minuman teh susu.

Jenama ini sangat terkenal di China dengan lebih 8,000 cawangan di sana! Di Malaysia pula, setakat ini terdapat 12 cawangan Auntea Jenny.

Laman web: Auntmilktea

Instagram: Aunteajenny.my

Facebook: Auntea Jenny MY

4. Mixue

467672650 1023505226454716 146153490343796492 N

Jenama ini pasti ramai yang sudah kenal, bukan? Semakin menjadi fenomena global, Mixue terkenal dengan menawarkan minuman menarik pada harga yang sangat berpatutan.

Kalau korang nak tahu, Mixue pada awalnya hanya menjual aiskrim namun seiring dengan peredaran zaman, jenama ini mengembangkan menu dengan pelbagai minuman teh sehingga menjadikannya destinasi popular bagi peggemar teh.

Laman web: Mixue Malaysia

Instagram: Mixue Malaysia My

Facebook: MIXUE Malaysia

5. Gong Cha

Snapinsta.app 464675004 18464659207030931 2416209822515000261 N 1080

Merupakan jenama teh susu premium yang berasal dari Taiwan dan kini menjadi rangkaian teh susu terbesar di dunia termasuklah di Malaysia.

Antara minuman popular yang di sini seperti Earl Grey Milk Tea, Milk Foam Green Tea dan Peach Green Tea.

Laman webgong-cha

Instagram: gongchamy

Facebook: Gong Cha Malaysia

6. Chagee

Snapinsta.app 460766199 18070663453591106 2466423254863227764 N 1080

Satu lagi jenama teh premium yang semakin mendapat tempat di hati penggemar teh di sini, Chagee juga menawarkan konsep teh tradisional Cina dengan sentuhan moden.

Jenama ini semakin mendapat sambutan daripada pencinta teh dan golongan muda yang sukakan estetik dan rasa autentik.

Antara minuman best-seller mereka ialah White Peach Oolong Tea, Jasmine Green Milk Tea, Lychee Rose Oolong dan Melon Oolong.

Laman web: Chagee

Instagram: my.chagee

Facebook: CHAGEE MY 霸王茶姬

Kalau dah pernah cuba semua jenama ni, korang paling suka yang mana?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.