Siapa sangka seorang ibu sanggup dan tergamak mendera anaknya kerana tak ikut ‘standard’ kepandaian yang dimahukan. Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu dari Nantong di wilayah Jiangsu, China terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun.
Menurut laporan, ketika kanak-kanak bernama Jiajia itu berusia 4 tahun, kedua ibu bapanya telah bercerai dan sejak itu dia tinggal bersama ibunya. Bagaimanapun, atuk dan nenek Jiajia sering menjemputnya dari sekolah meskipun tidak tinggal bersama.
Pada tahun 2018, nenek Jiajia mula perasan terdapat banyak kesan parut di bahagian muka dan badan cucunya itu. Selepas bertanya, Jiajia mengaku sering diberikan extra homework oleh ibunya. Namun, jika dia tidak dapat menyiapkan homework itu, ibunya akan marah dan memakinya serta turut memukulnya.
April 2020, ibu Jiajia dilaporkan telah membaling buku ke arah kepalanya selepas dia tidak dapat membaca text dengan betul. Disebabkan itu, muka dan dahinya menjadi bengkak.
Selepas melihat cucunya sering dicederakan, ketika itulah neneknya tekad untuk membuat laporan polis dan meminta bantuan pihak berkuasa. Tetapi ketika itu kecederaan Jiajia tidak parah, jadi polis hanya memberikan amaran kepada ibunya, melarangnya daripada melakukan keganaasan terhadap anaknya itu.
Meskipun begitu, ibu Jiajia tidak mempedulikan amaran polis dan tetap melakukan penderaan. Pada Januari 2021, dia telah mencakar muka Jiajia dengan kukunya kerana tidak menyelesaikan kertas ujian.
Tidak lama selepas itu, pada Mac pula, dia menggunakan senduk panas dan pukul tangan Jiajia kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolahnya. Bukan itu saja, dia turut memaksa Jia jia untuk mahir dalam subjek English level pelajar kolej.
Kata nenek Jiajia, cucunya itu akan hubunginya pada waktu petang dan memaklumkan dia tidak diberikan makan. Penderaan itu menyebabkan Jiajia menderita dari segi fizikal dan mental sehinggakan dia tidak mahu ke sekolah lagi.
Pada 20 April, mahkamah telah menarik hak penjagaan dari ibu Jiajia dan melantik neneknya sebagai penjaga yang sah. Nenek Jiajia telah memfailkan tuntuan ke atas kedua ibu bapa Jiejie kerana gagak menjalankan tugas sebagai penjaga yang sah.
Sementara itu, bapa Jiajia dilaporkan tidak mampu mengambilnya untuk dijaga kerana tidak memiliki kediaman yang tetap dan tidak dapat menjamin kehidupan yang baik untuk kanak-kanak itu.