Selam, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang sedang mengisi minyak di sebuah stesen disamun oleh seorang individu menerusi pintu tempat duduk penumpang bahagian depan.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1628367043459440641?s=20
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Cheras, Kuala Lumpur. Dalam video berkenaan mangsa mencuba untuk mengejar suspek sehingga terjatuh namun tidak berjaya.
Dalam sebuah kenyataan, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat yang tular dan dikesan pihaknya pada kira-kira 7.30 malam itu, mangsa kelihatan tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggunya untuk membuka kunci kenderaan.
Beliau turut berkata hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9 pagi dan ia melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.
“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500,” katanya.
Selain itu, pihak berkuasa menyatakan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan pihak mereka juga mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut.
Baca: “Hilang laptop company aku” – Wanita Disamun Masa Guna Jalan Alternatif Gara-gara LRT Tergendala