Bila sebut makanan di istana, pasti kita memikirkan makanan mewah dan sedap yang dihidangkan setiap hari. Namun perkara itu mungkin berbeza dengan apa yang di santap oleh Ratu Elizabeth II setiap hari.
Memetik laporan dari Daily Mail UK, seorang bekas chef peribadi keluarga Di Raja England telah mendedahkan menu kegemaran Ratu Elizabeth semasa beliau berkhidmat selama 15 tahun di Istana Buckingham.
Darren McGrady mendedahkan makanan kegemaran Ratu Elizabeth adalah sandwich jem strawberi dengan sapuan mentega. McGrady juga menegaskan, makanan kegemaran ratu itu seakan kontradik dengan stigma masyarakat yang menganggap sadwich jem adalah makanan untuk orang miskin di England.
McGrady menambah, makanan itulah yang disantap oleh Ratu Elizabeth sejak baginda berumur 5 tahun. Chef peribadi itu juga menyifatkan perkara semudah itu juga mengingatkan orang ramai tentang makanan tidak perlulah kompleks dan fancy untuk santapan setiap hari.
Baca: Ratu Elizabeth II Cari ‘Bibik’, Tawar Gaji Sejam RM43, Tempat Tinggal & Makan Minum Disediakan