Tak dinafikan, makanan pedas memang sinonim dengan citarasa orang Melayu sehinggakan ada yang tak sah kalau tak makan pedas setiap kali makan tanpa kira waktu.
Namun anda mungkin tak sedar bahawa ‘nikmat’ yang dirasai itu, boleh membawa padah dalam usus kita. Cuma tweet yang dikongsikan semula oleh Facebook Sinaran Wanita ini, telah menimbulkan tanda tanya, adakah makan pedas ni boleh tumbuh Cyst?
Cyst panjang 6 cm..tiba-tiba pecah semasa bedah
Korang semua mesti alert dengan mee segera Ghost Pepper yang tengah trending sekarang ni kan? Kepedasan yang melampau sampai ‘hantu pedas’ sendiri tak mampu menghabiskannya.
Tak dinafikan ianya ada potensi memberi risiko kepada pemakan, tapi betul ke kalau makan pedas yang melampau ni boleh kena Cyst dalam ovari wanita?
Admin ni bukan lah pakar dalam bab-bab ni, tapi mengikut fahaman admin, kalau habis pembedahan cyst ini pantangnya tak boleh makan pedas. Tapi kalau makan pedas boleh tumbuh cyst tu macam tak pernah dengar lah pula. Kalau usus ulser tu pernah lah
Mana-mana pembedahan yang melibatkan organ dalaman pun kebanyakannya tak boleh makan pedas sewaktu berpantang. Betulkan admin kalau silap.
Ramai netizen mempertikaikan kesahihan yang dikongsikan oleh individu ini. Ada yang kata dia tak makan pedas tapi masih kena Cyst.
Makanan tak masuk rahim and tak lalu rahim pun. – Netizen
Apapun, jaga lah pemakanan kita, mungkin masa muda ni tak rasa apa-apa, tapi mungkin akan memudaratkan kita kelak.
Baca : Henti Sebar Spekulasi! Dr Amalina Terangkan Milo Bukan Punca Penyakit Sinus Tapi….