Kucing dan anjing sememangnya haiwan yang comel dan sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Namun berbeza pula dengan cerita yang berlaku di Shenzhen, China.
Rupanya mereka makan haiwan-haiwan comel ni. Alamak, boleh pulak macam tu.
Disebabkan wabak Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan kes yang ketara dalam tempoh seminggu yang lepas, pihak berkuasa bandar Shenzhen mengambil keputusan untuk memulakan larangan memakan kucing dan anjing. Ha, bagus lah tu.
Menurut Reuters, daging khinzir, arnab, daging lembu, makanan laut dan ayam bagaimanapun masih dibenarkan pengambilannya.
Peraturan baharu ini dikeluarkan selepas pihak saintis mendakwa bahawa haiwan liar seperti ular dan kelawar yang dijual di pasar Wuhan menjadi punca wabak virus korona.
Perkara ini juga berlaku selepas pihak pemerintah pusat melarang perdagangan haiwan liar pada Isnin lalu.
Menurut Peter Li, pakar polisi Humane Society International yang merupakan sebuah kumpulan kebajikan haiwan, dia bersyukur dengan peraturan itu. Dia juga berharap agar wilayah-wilayah lain di China juga akan mengikut jejak langkah Shenzhen.
Larangan makan anjing dan kucing di wilayah tersebut itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook Sinar Harian.
Sebagai orang Islam, kita sememangnya dihalang daripada makan benda-benda yang tidak halal.
Kita doakan semoga kes Coronavirus akan semakin baik lah di seluruh dunia selepas ini.