in

“Mak tak pernah off duty” – ‘Show Off’ Kasih Sayang Ibu Masak Sambil Pakai Topeng Oksigen, Lelaki Teruk Dikecam

Ft Masakoksigen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian seorang lelaki melalui Instagram story menunjukkan ibunya memasak mendapat kecaman hebat daripada netizen. Mana tidaknya, lelaki itu kononnya mahu berkongsi tentang kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah berhenti melakukan kerja — walhal dalam gambar boleh nampak wanita tersebut sakit dan menggunakan topeng oksigen untuk bernafas.


Menurut india.com, sumber foto itu tidak jelas namun ia dikatakan telah dimuat naik oleh anak lelakinya dengan kapsyen,

Kasih sayang tanpa syarat = IBU. Dia tidak pernah bercuti daripada tugasnya.”

Bukan sekadar keadaan ibunya yang menjadi perhatian tetapi juga tangki oksigen yang digunakan itu diletakkan berhampiran gas memasak.

Masak1 1

Ramai mengkritik dan mengecam tindakan anak lelakinya serta seluruh ahli keluarga kerana membiarkan wanita itu membuat kerja rumah meskipun dalam keadaan tidak mengizinkan.

Kata mereka, seharusnya wanita itu dibiarkan untuk berehat daripada berbuat apa-apa. Ada yang berpendapat tindakan itu seolah-olah menunjukkan seorang ibu merupakan ‘hamba’ kepada keluarga.

Seorang lelaki bernama Naveen di Twitter berkata,

Ini bukan kasih sayang. Ini dikira penghambaan.”

Antara komen-komen lain yang mengecam lelaki ini di Twitter,

Ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan.Daripada menunjuk sebegitu, keluarganya patut membiarkan dia berehat dan ambil alih tugas kerja rumah hingga dia benar-benar sembuh.”

Saya tidak akan biarkan ibu saya lalui situasi sebegini, saya akan biar dia berehat dulu. Ibu bukanlah hamba, jika esok dia mati kamu yang akan menangis dan menyesal kerana tidak menjaganya dengan baik.”

Baca: Bagi Komen Perlekeh Tugas Frontliner, Doula Teruk Dikecam Netizen

Fi Front

Sumber: india.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.