in

“Mak siapa ni?” – [VIDEO] Majlis Tak Habis Lagi, Makcik Ni Dah ‘Tapau’ Semua Kuih

kuih kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benda paling best bila pergi kenduri kahwin selain untuk meraikan pasangan mempelai mestilah makanannya kan? Dipadankan pula dengan teh tarik panas. Peh heaven!

Waktu-waktu pandemik ni, bila min pergi kenduri kahwin memang tak ramai sangat orang yang datang. Mungkin sebab positif Covid atau pun close contact kan? Hinggakan makanan pun sampai terpaksa dibungkus bila majlis dah habis sebab banyak sangat yang tinggal.


Walaupun makanan dekat kenduri kahwin percuma, kita sebagai tetamu pun kenalah beragak jugakkan. Kalau kita datang awal atau majlis tak habis lagi, takkan lah kita nak pandai-pandai nak bungkus makanan sendiri?

Macam baru-baru, satu video telah tular di TikTok menunjukkan kerenah seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan di negara seberang.

Dalam video ni, dapat dilihat wanita tersebut telah meletakkan kuih ke dalam plastik untuk dibungkus. Kalau korang tengok betul-betul, sampai habis semua kuih disapunya sebelum berlalu keluar. Amboi, tak tinggal orang belakang!

https://www.tiktok.com/@aayurahayuuu/video/7079291519470996763

“Majlis tak habis lagi sakan dok tapau”

Rata-rata netizen yang melihat video ini telah mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan tidak malu. Lebih-lebih lagi jelas kelihatan majlis ketika itu masih lagi berlangsung.

Screenshot 2022 03 28 at 2.17.57 PM down

Namun begitu, ada seorang netizen menerangkan bahawa orang yang mengambil makanan tersebut adalah salah seorang saudaranya. Mungkin dah minta izin dulu kot.

Screenshot 2022 03 28 at 2.22.17 PM

Alamak, mungkin betul kot makcik tu dah mintak izin dulu. Entah-entah memang nak bagi dekat anak-anak dia yang lapar tapi tak dapat datang. Husnuzon gaisss

 

Baca: “Untung mak-mak yang suka menanam” – Majlis Kahwin Beri Pokok Pada Tetamu Sebagai Doorgift

f1 pokok kh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.