Pada mulanya, niat seorang pencipta kandungan TikTok yang dikenali sebagai Adalyna ini hanya ingin bergembira dengan membuat content temuramah secara rawak mengenai hari raya, namun tak diduga apabila rupanya ada kisah sedih yang tersirat daripada seorang individu yang ditemuramahnya ini.
Jelasnya, makcik tersebut pada mulanya kelihatan teruja dan sangat gembira apabila Adalyna bersetuju untuk menemuramahnya. Bagaimanapun satu kejadian tak diduga berlaku apabila makcik berkenaan mula menceritakan kisah hiba yang menimpa dirinya.
Artikel berkaitan : “Janji nak ke garisan penamat bersama” – Rakan Sebak Haziq Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Artikel berkaitan : “Dia tak pernah join mana-mana sukan” – Cikgu Tolong Tolakkan Kerusi Anak OKU Masa Bersukan Buat Ibu Sebak
Dalam video yang berdurasi 2 minit 35 saat itu, kelihatan Adalyna menghampiri makcik itu dan bertanyakan soalan mudah untuk memenangi hadiah misteri, jawapan yang diberikan oleh makcik itu memang tidak terduga sehinggakan Adalyna juga turut sebak.
“Makcik tak akan beraya, sebab mak makcik baru meninggal, makcik kesian kat anak-anak, makcik terpaksalah pejamkan mata untuk beraya dengan mereka.”
Jelas makcik tersebut, ibunya baru sahaja 2 bulan meninggal dunia dan ia sekaligus telah memberi kesan kepada perasaannya untuk beraya tahun ini. Ditanya punca ibu makcik itu meninggal dunia, dia menjelaskan bahawa arwah ibunya itu menghidap kanser hati tahap 4.
Tak dapat menahan air mata, makcik ini meminta Adalyna untuk mendoakan dia sekeluarga sebelum berpelukan.
“Makcik rasa terharu sebab bertemu dengan makcik dapatlah makcik luahkan perasaan. Makcik nangis tapi makcik happy.”
@kerjazz Awal-awal tu Makcik yang tegur I, nak main juga. Dia nampak excited and happy gila masa tu so I tak expect dia meluah macam ni. Sebak sangat rasa masa dia cerita tu, dia kata dia happy sangat I interview dia. Dia layan I macam I anak dia sendiri padahal itu first time I jumpa dia. Tu lah, sometimes the littlest things could make someone’s day 1000% better. & tak semua orang yang nampak ‘happy go lucky’ ni tak ada masalah/ujian. Kalau korang ada masa, datang lah Bazar Shah Alam ni, support Makcik okay❤️🥺 Siapa yang nak beli Ketupat ZUS @ZUS Coffee Shop ni, korang boleh beli dekat @JayaGrocer tau 🫶🏻 📍 Jaya Grocer Bukit Jelutong 📍 Jaya Grocer Plaza Alam 📍 Jaya Grocer Intermark 📍 Jaya Grocer Cyberjaya 📍 Jaya Grocer Subang Jaya 📍 Jaya Grocer Saujana Utama 📍 Jaya Grocer Main Place, USJ21 📍 Jaya Grocer Sunway Pyramid 📍 Jaya Grocer Da Men 📍 Jaya Grocer The Gardens Mall 📍 Jaya Grocer MK163 📍 Jaya Grocer 1 Utama 📍 Jaya Grocer KL East 📍 Jaya Grocer BBCC Lalaport 📍 Jaya Grocer ECO Majestic 📍 Jaya Grocer Ipoh Parade 📍 Jaya Grocer Kuantan City 📍 Jaya Grocer Penang Paragon 📍 Jaya Grocer ECO Galleria 📍 Jaya Grocer Seremban PRIMA #kerjazz #malaysia #fypp #fypage #trending #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #ramadan #kongsibersama #pov #positivity #socialexperiment
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sebak melihat video tersebut dan menyedari bahawa seorang ibu juga memerlukan ibunya sendiri.
Rasa sebak pula bila dengar luahan makcik ni, terus membuatkan kita teringatkan ibu kita.
Sumber : TikTok