in

“Mak kau hijau” – ‘Gamer’ Jepun Buat Lagu Mencarut, Belajar Masa Main DOTA 2

301874933 167376732545708 7601833115002157066 n 1

Biasanya bila nak belajar bahasa asing, antara benda pertama yang kita belajar mesti perkataan yang tak elok kan?

Macam baru-baru ni, satu video yang dimuat naik oleh seorang gamer perempuan dari Jepun Xiinya, telah mendapat perhatian ramai orang, terutamanya orang Malaysia.

Video tersebut dimulakan dengan disclaimer mengatakan bahawa ini apa yang dia belajar sepanjang bermain Dota 2 di server Asia Tenggara (SEA).

Perempuan Jepun yang dapat pendidikan yang bagus oleh Dota 2 SEA server.

“Dia nak tunjuk apa yang dia belajar.”

Selepas itu, lagu ini terus dimainkan dengan himpunan perkataan-perkataan tak elok yang dipelajarinya dari gamers di Asia Tenggara.

Menariknya, kebanyakan perkataan yang disebut oleh Xiinya dalam lagunya ini majoritinya adalah dari Malaysia tau. Ish ish ish

Screenshot 2022 09 27 at 3.24.29 PM

Dekat bawah ni min senaraikan antara perkataan-perkataan yang disebut oleh gamer ini beserta negara asalnya.

  • Sohai (Malaysia/Singapura)
  • Cibai (Malaysia/Singapura)
  • Pukimak (Malaysia)
  • Anjing (Malaysia)
  • Lanjiao (Malaysia)
  • Putang ina mo (Filipina)
  • Bobo (Filipina)
  • Babi (Malaysia)
  • Mak kau hijau (Malaysia)
  • Bangsat (Malaysia)
  • Du ma (Vietnam)
  • Kan ni na (Malaysia/Singapura)
  • Niama (Malaysia/Singapura)

Perkataan ini turut diulang-ulang oleh Xiinya disertai dengan bunyi muzik rancak yang membuatkan orang yang dengar lagu ini boleh turut ikut apa yang dia nyanyikan.

Untuk pengetahuan korang, video viral ini telah pun menerima sebanyak 14,000 perkongsian dan 500,000 tontonan kerana ramai yang boleh relate dengan benda ni.

Bukan tu je, wanita ini juga turut memuat naik lagu ni di Spotify tau! Amboiiii

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan lagu dendangan Xiinya ini kerana merasakan dia comel walaupun perkataan-perkataan yang digunakan tak elok.

Pun begitu ada juga yang menasihatkan untuk lebih menjaga adab ketika bermain game.

Screenshot 2022 09 27 at 3.14.25 PM down

Apa pendapat korang tentang lagu ni? Yang penting jangan bagi anak-anak dengar yaaaa

 

Baca: DOTA 2: Dragon’s Blood Bakal Ditayangkan Di Netflix Pada Penghujung Mac Ini

Screenshot 2022 09 27 at 3.30.17 PM