in

“Mak juga sedih, tidur malam tak lena” – Guru Agama Hampir Sebulan Hilang Di Mekah

bapa hilang di mekah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua umat Islam pasti mahu menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji dan umrah, ia merupakan ibadah yang diwajibkan kepada semua umat Islam yang sudah berkemampuan.

Baru-baru ini, seorang guru agama yang dikenali sebagai Musthafa Kamal Abdullah yang berusia 49 tahun, dilaporkan telah hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.


Menurut laporan Astro AWANI, mangsa yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu pergi menunaikan umrah pada 6 Disember lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air pada 18 Disember.

51673282493 HilangSejakUmrah

Menurut anaknya, Muhammad Nabil Musthafa Kamal, dia berharap pihak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dapat bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk mencari dan mengesan bapanya yang hilang itu.

“Kami yakin pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dilihat sebagai jalan terakhir bagi mengesan jejak ayah.

Saya dah beritahu dengan pihak agensi umrah yang menguruskan agar dapat mengusahakan pemeriksaan melalui CCTV menerusi bantuan mutawif di sana,” katanya.

Difahamkan, ayahnya dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas adiknya Muaz yang menunaikan umrah bersama menyedari ketiadaan bapa mereka di tempat penginapan mereka, malah beg sling yang dibawa bapanya itu juga tidak dijumpai.

“Mereka baru pulang dari Madinah dan tiba di hotel kira-kira jam 7 malam serta sempat makan sebelum jam 10 malam dijadualkan membuat tawaf untuk umrah wajib.

Mereka juga sudah memakai ihram dan ayah minta adik pergi dulu dengan mutawif kerana dia mahu berehat dan cakap dia akan tawaf nanti sebab kurang sihat,” katanya.

cats 14

Pada mulanya adiknya itu tidak terlalu risau bapanya keluar berseorangan kerana beliau boleh berbahasa Arab tetapi selepas bapa masih belum pulang hingga Subuh dan gambarnya juga tersebar di WhatsApp, mereka mengesyaki bapa dihantar ke hospital.

“Mutawif kemudiannya ke hospital mencari ayah tetapi ayah tiada dan diberitahu sudah keluar dari hospital serta dihantar pulang ke hotel,” katanya.

Nabil turut berkata, pemeriksaan di hotel mendapati bapanya masih tiada di premis berkenaan, kemudian pada hari ketiga kehilangan ayahnya, terdapat orang awam menghantar beg silang bapanya itu di kaunter hotel.

“Kami bingung memikirkan di mana ayah berada dan sehingga kini ayah masih belum ditemui sudah hampir sebulan dan adik pulang seorang diri bersama jemaah lain tanpa ayah.

Mak juga sedih, tidur malam kami tidak lena memikirkan ayah dan setiap hari memikirkannya. Di sana ada individu yang membantu mengesan ayah dan selalu berhubung dengannya,” katanya.

Selain itu, Nabil menyatakan laporan polis telah dibuat di Kedutaan Malaysia di Arab Saudi dan dia turut berharap sesiapa yang menemui bapanya segera menghubungi pihak berkuasa atau menghubunginya secara peribadi di talian 017-7362532.

Baca: “Sepanjang hidup saya, saya teringin ke Mekah” –  [VIDEO] DJ Khaled & Mike Tyson Tunaikan Umrah Bersama

Dj Khaled Tunai Umrah

Sumber: Astro AWANI
Sumber: TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.