in

Mak Cik Tinggal Sendirian Dalam Rumah Tak Terurus, Penuh Timbunan Baju Lepas Kematian Suami

Rumah 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah terjadi beberapa isu tentang individu yang mungkin mempunyai masalah peribadi sehingga mengabaikan persekitaran sekeliling. Kadangkala, rumah yang menjadi tempat berteduh tidak dijaga dan dibersihkan dengan baik.

Rumah penuh dengan timbunan pakaian

Satu video yang dikongsikan oleh TikTok @khidmatummah menceritakan kisah mak cik Jamilah berusia 67 tahun yang tinggal di rumah seorang diri sejak kematian suaminya. Pasukan Khidmat Ummah yang datang ke rumahnya untuk menghulurkan bantuan terkejut melihat keadaan rumah yang dipenuhi dengan pakaian dan longgokan barang.


Artikel berkaitan: “Eww pengotor” – [VIDEO] Netizen Geli Influencer Biarkan ‘Pampers’ Kotor Anak Bersepah Dalam Rumah

Artikel berkaitan: “Dah pernah kemas 4 kali” – Wanita Kongsi Bersihkan ‘Rumah Puaka’, Sampah Sarap Sampai Paras Lutut

Menurut mak cik Jamilah, dia tinggal seorang diri di situ sejak kematian suami 4 tahun yang lalu dan pendapatan bulanan sebanyak RM170 adalah hasil sewa sebahagian rumahnya kepada orang.

Rumah 3
Sumber: tiktok
Rumah 4
Sumber: tiktok

Melihat keadaan rumah yang tidak terurus, mak cik Jamilah tidak lagi masak di dapur kerana peti sejuk pun sudah rosak. Setiap hari, dia akan membeli dua bungkus nasi lemak di gerai hadapan rumah untuk dimakan dua kali sehari.

@khidmatummah

Sejak kematian suami lebih 4 tahun lalu, Jamilah 67 tahun seorang warga emas hidup bersendirian dalam timbunan pakaian dan longgokan barang-barang di rumahnya di Sg.Pasir, Sg Petani, Kedah. Keadaan dalam rumah itu yang tidak terurus bermula dari pintu masuk hingga ke ruangan dapur. Usaha mengurangkan timbunan pakaian pernah dilakukan oleh Pn Jamilah namun ia terhenti kerana tiada tempat yang sesuai untuk dia menyalurkan pakaiannya itu. Tambahan pula dia memerlukan kenderaan untuk membuang barang-barang yang tidak berguna. Atas dasar prihatin, Pihak Pertubuhan Khidmat Ummah memberikan sedikit khidmat nasihat dan bantuan tunai bulanan bagi menyokong kehidupan Pn Jamilah. Semoga Pn Jamilah dikurniakan kesihatan yang baik serta hidup dalam keadaan yang lebih selesa.

♬ original sound – khidmatummah – khidmatummah

Makan, tidur di satu tempat

Dapat dilihat, keadaan rumah itu dipenuhi dengan longgokan pakaian dan barang-barang lain membuatkan mak cik Jamilah akan duduk di satu tempat untuk menonton televisyen, makan dan kadangkala tertidur di situ.

Bagaimanapun, mak cik Jamilah juga ada mengeluarkan barang-barang tersebut namun usahanya terhenti kerana tiada tempat yang sesuai untuk menyalurkan pakaian tersebut.

Dia memerlukan kenderaan untuk membuang barang-barang yang tidak berguna.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terkejut dengan keadaan rumah itu namun menganggap mak cik Jamilah mungkin masih terkesan selepas pemergian suaminya.

Rumah 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.