Awal pagi ini, tular sebuah video dari pengguna TikTok dikenali sebagai @raffisimple yang menguar-uarkan tentang seorang kanak-kanak bernama Yaya yang ditemuinya ketika sedang bersahur di Seri Kembangan.
Menurut Raffi, dia pada ketika itu sedang bersahur di sebuah restoran pada jam 3 pagi ternampak seorang kanak-kanak perempuan berjalan kaki seorang diri dengan membawa RM2 bersamanya.
Apabila ditanya, kanak-kanak itu mengatakan dia tidak tahu jalan pulang ke rumah dan lebih merisaukan, Yaya juga dilihat memakai rantai dan subang emas yang boleh mengundang orang tidak diingini mendekatinya.
Artikel berkaitan: “Dipercayai dic*bul” – Budak Hilang Di Pangsapuri Jadi Mangsa Culik, Nyaris Dijual Kepada Sindiket Pelacuran
Artikel berkaitan: Dilaporkan Hilang Sejak Khamis Lalu, Lelaki Ditemui Telah Meninggal Dunia Dalam Longkang Bersama Motosikal
Lelaki bawa Yaya ke balai polis, ibu bapa hadir ambil anak
Susulan penemuan kanak-kanak tersebut, Raffi telah membawanya ke Balai Polis Seri Kembangan untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, dia juga sempat memuat naik video mengenai kejadian tersebut di TikTok dan meminta orang ramai untuk menularkan isu ini sehingga ibu bapa kanak-kanak ini ditemui.
@raffisimple Anak hilang !! Tolong sebarkan !! Location : Seri kembangan 📌
Menerusi komen di video berkenaan, ada individu mendakwa dia mengenali kanak-kanak itu dan dikatakan Yaya ini anak kepada jirannya.
Malah ada juga yang mendakwa ibu bapa kanak-kanak sudah sampai di balai polis terbabit untuk mengambil anak mereka.
Raffi juga pada masa yang sama telah memuat naik satu video baru memaparkan perbualannya dengan individu didakwa anggota polis yang memaklumkan keadaan Yaya yang sudah selamat.
Menerusi video itu, individu tersebut juga menyebut perkara ini merupakan satu kes cuai, namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kes itu.
@raffisimple Update 8:54 pagi: Alhamdulillah, Yaya selamat. Semoga dipermudahkan. Peringatan untuk semua!
Apa-apapun syabas buat Raffi kerana pantas bertindak dalam menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan membawa ke balai polis. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka ya.
Sumber: TikTok