Ramai kongsi gambar bapa masing-masing sempena Hari Bapa baru-baru ni. Tapi kisah pasal seorang bapa di Kemboja dapat perhatian lepas gambar anaknya bersama beg sekolah viral di internet.
Netizen terpesona melihat beg sekolah disandang anaknya kerana sangat unik dan lain daripada yang lain. Posting di Facebook menunjukkan beberapa gambar beg tersebut dari semua sisi dan difahamkan bapa pelajar itu buat sendiri beg tersebut sebab tak mampu nak belikan anaknya beg sekolah.
Punyalah kreatif bapa pelajar tu, dia buat sendiri beg tu hanya dengan menggunakan tali rafia! Kemudian ditambah dengan dua tali sandang dan buckle untuk complete jadi macam beg sekolah!
Menurut satu komen daripada netizen, kanak-kanak itu bersekolah di sebuah sekolah pedalaman. Gambar menunjukkan keadaan sekolah tu daif dan tanpa jalan tar menunjukkan tempat itu mundur.
Jadi kemungkinan besar, ramai anak-anak di sekolah tu adalah daripada keluarga miskin dekat kawasan tersebut. Post di Facebook tu dapat perhatian ramai netizen yang berasa kagum dengan bapa pelajar tu yang kreatif. Ada juga yang menawarkan untuk memberi bantuan kepada pelajar tu dan bapanya dan meminta maklumat untuk menghubungi mereka berdua.
Cantik weh! Kalau dah viral macam ni bapa dia boleh buat bisnes!
Baca: Cikgu Baik Hati Belikan 55 Pasang Kasut Bata Di Gombak Untuk Murid Miskin Sampai Kedai Tutup