in

Majoriti Ada Bentuk Kaki Persis Burung Unta, Jom Kenali Puak Vadoma & Mutasi Unik Mereka

Vadoma Kaki Burung Unta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di bahagian utara Zimbabwe, terdapat satu puak nomad yang terkenal dengan keunikan mereka yang tersendiri.

Dikenali sebagai Puak Vadoma, puak ini dikenali ramai kerana majoriti populasinya mempunyai mutasi unik pada bahagian kaki yang menjadikan kaki mereka persis kaki burung unta.


Mengenali Sindrom Kaki Burung Unta

Vadoma

Ectrodactyly, juga dikenali sebagai pembentukan tangan atau kaki yang terbelah (SHFM) merupakan satu kondisi dimana penghidapnya seolah mempunyai hanya dua jari kerana jari-jari mereka bercantum sesama sendiri.

Puak Vadoma bukanlah satu-satunya kumpulan individu yang mengalami mutasi ini tapi bagi mereka ia adalah satu kondisi yang unik yang telah diwarisi dari generasi sebelum.

Untuk pengetahuan, mutasi Ectrodactyly boleh dijumpai dalam satu daripada setiap 90,000 orang.

Vadoma The Ostrich Tribe

Turut disebut sebagai Sindrom Tangan Lobster, puak Vadoma menganggap mutasi mereka membawa maksud status mereka lebih tinggi berbanding puak lain di daerah Kayemba, Zimbabwe.

Disebabkan itu juga, puak asal Vadoma tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan orang yang bukan dari puak sama. Ini kerana mereka mahu melindungi mutasi mereka supaya puak lain tidak boleh mendapat keunikan mereka. Meskipun begitu, mereka masih boleh bergaul dengan puak lain.

Sumber: Science Times

Baca: Macam Toothless! Warisi Gen Mutasi Daripada Ibu, Kucing Unik Ini Ada 4 Telinga

Cover 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.