Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa segala jenis majlis sosial, majlis rasmi dan tidak rasmi dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP berkuatkuasa 5 Mac 2021.
Walaubagaimanapun, had kehadiran bagi kawasan PKPB adalah sebanyak 50 peratus keluasan premis, manakala bagi kawasan PKPP adalah mengikut keluasan premis.
Negeri-negeri yang berada di kawasan PKPB adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.
Negeri- negeri dibawah kawasan PKPP pula adalah Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Perlis.
Baca : Semua Perniagaan Boleh Beropersi Sampai 12 AM Lepas Tamat PKP; MKN