Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Shuib memaklumkan bahawa akan mengadakan majlis pernikahan secara sederhana tanpa majlis resepsi bersama tunangnya, Watie Hanifah pada 23 Jun ini.
Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak dan akan berlangsung tiga acara pada hari tersebut iaitu akad nikah, khatam al-Quran dan majlis berinai.
“Majlis kami sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah ada pelamin. Jadi, dapatlah kami bergambar bersama keluarga.
“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya mahu majlis ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
View this post on Instagram
Majlis ditaja lebih RM1 juta
Sementara itu, Shuib turut mengumumkan majlis perkahwinannya itu turut mendapat penajaan mencecah lebih sekitar RM1.7 juta.
Difahamkan, penajaan itu membabitkan penganjuran tiga acara terbabit termasuklah busana dan barangan kemas.
Dalam pada itu, Shuib memanjatkan rasa syukur apabila dia akan kembali bergelar seorang suami selepas hampir dua tahun menduda.
“Watie seorang wanita yang baik dan ikhlas sukakan anak-anak saya. Perkara itu yang membuka hati saya kepadanya,” ujar Shuib.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan di Putra Glass House, Putra Heights. Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Sumber: Kosmo!
Baca: Kekal Baik Dengan Mentua, Ramai Kagum Bapa Arwah Siti Sarah Pinangkan Watie Untuk Shuib