Perkahwinannya dijadualkan pada bulan depan namun majlis itu tidak akan berlangsung kerana ajal terlebih dahulu menjemput. Seorang askar maut ketika menjalani latihan terjunan di udara pada petang Isnin (15 Julai), lapor AsiaOne.
Leftenan Watcharapong Chantarachat, 29, dari unit infantri Prachuap Khiri Khan dilaporkan melakukan terjunan tersebut dari sebuah pesawat tentera kira-kira jam 1.30 petang hari kejadian.
Namun, payung terjun yang dilampirkan pada badannya bagaimanapun dikatakan gagal berfungsi. Seperti kebiasaan, selepas melakukan terjunan mereka harus tarik dan payung terjun akan terbuka.
Tapi, malangnya payung terjun pada badan Watcharapong itu dilaporkan mengalami masalah teknikal dan tidak terbuka.
Disebabkan itu, Watcharapong mendarat tanpa payung terjun dan maut serta merta. Mayatnya dijumpai di Ban Tha Deu terletak dekat tambon Nikhom Sang Tua-eng dan dihantar ke Hospital Ananda Mahidol dengan segera.
Pegawai tentera yang berada di tempat kejadian enggan memberi sebarang komen dan berkata pegawai senior mereka yang akan buat pengumuman tentang kemalangan tersebut.
Mangsa merupakan pelatih di Erawan Military Camp’s Special Warfare School dan sepatutnya berkahwin dengan teman wanitanya pada bulan depan.
Tak dapat bayangkan kesedihan girlfriend dia. Tengah counting down to the big day kotttt….