Ramai sedia maklum bahawa pelawak dan penyampai radio Shuib, ada mengusahakan perniagaan minuman yang dikenali sebagai Bubble Bee.
Sekitar Julai lalu, Shuib ada mendedahkan Bubble Bee meraih jumlah kutipan jualan sebanyak RM150 juta sepanjang 3 tahun dan syarikat itu sudah mempunyai puluhan cawangan seluruh Malaysia.
Artikel berkaitan: Dituduh Dana Ditaja ‘Freemason’, Shuib Dedah Hasil Jualan Bubble Bee Cecah RM150 Juta
Namun, baru-baru ini seorang individu yang tidak dikenali memuat naik kenyataan di TikTok mendakwa majikan Bubble Bee culas dalam tanggungjawab membayar gaji dan gagal membuat caruman KWSP pekerja.
Menerusi pendedahan itu, syarikat Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan tapi sebenarnya tiada transaksi yang berlaku pada akaun pekerja.
Dakwanya, isu ini tidak pernah berlaku sepanjang tahun 2021 dan 2022 namun apabila masuk tahun 2023, hanya satu atau dua bulan sahaja yang dicarum.
Selain isu caruman KWSP, syarikat itu juga dikatakan kerap lewat membayar gaji pekerja sehinggakan melebihi hari ketujuh minggu pertama bulan berikutnya.
“Anda nampak gah di mata orang lain tapi hakikatnya anda seperti tin kosong sahaja. Anda sangat terkenal tapi tu bukan tiket untuk anda menganiayai orang yang sedang mencari rezeki,” luahnya.
Dakwanya lagi, dia sudah mengemukakan aduan ke KWSP dan Buruh namun pihak berkenaan senyap seperti tiada aduan dibuat.
Individu itu juga menyatakan setiap komen di Instagram yang bertanya tentang gaji dan KWSP akan dipadam.
Katanya, dia berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan ada keadilan buat para pekerja yang teraniaya.
Dia turut menyertakan tangkap layar bukti caruman KWSP dan juga telah disekat daripada mengikuti akaun Shuib.
Harap Shuib ada penjelasan tentang isu ini.
Sumber: TikTok