in

Main Mercun Tanpa Kebenaran Boleh Dihukum Penjara Atau Denda – KPN

main mercun boleh dipenjara dan denda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila hampir tiba musim perayaan, pasti ada berita individu tercedera akibat bermain mercun. Boleh dikatakan saban tahun berita sebegini disiarkan kerana mercun masih dijual secara berleluasa dan tanpa lesen yang sah.

Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun bagi mengelak kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan diri dan masyarakat.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata aktiviti itu berisiko menyebabkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.

Artikel berkaitan: “Saya hampir pengsan” – Datuk Terkejut Tengok 2 Cucu Cedera Parah, Terkena Let*pan Mercun

Artikel berkaitan: Kereta Terbalik Gara-gara Budak Lempar Mercun Ke Dalam Lubang Kumbahan

“Malah, kami ingin mengingatkan bahawa bermain mercun tanpa kebenaran adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” katanya.

3e581ae8c56ea2967c1ce8899937773c

Menurutnya, sepanjang tahun ini hingga semalam, dua kes kecederaan akibat bermain mercun dilapor membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.

Mangsa di Kedah alami kecederaan pada tangan dan muka akibat bermain mercun bola manakala mangsa di Kelantan putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.

“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

“Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” katanya.

Bermain mercun bukan sahaja boleh mengakibatkan kecederaan parah seperti melecur, putus jari, buta dan kecacatan kekal, malah bunyi letupannya boleh mengganggu ketenteraman awam terutama bayi, warga emas serta pesakit.

Dedahnya, beberapa kes sebelum ini seperti kebakaran besar yang dilaporkan berpunca daripada percikan api mercun yang terkena bahan mudah terbakar.

Sehubungan itu, PDRM dengan kerjasama agensi keselamatan dan pihak berkuasa tempatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.