in

Mahu Fokus Pada Bisnes Pai, Zahnita Wilson Tolak Tawaran RM150K Untuk Jadi Model

Zahnita Wilson

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial apabila model popular Malaysia, Zahnita Wilson membuat pendedahan di mana mata kirinya lebam suaminya dikatakan memukulnya.

Susulan pendedahan yang dibuat oleh Zahnita itu, suami model itu telah ditahan polis dan kes juga kini sedang dibicarakan di mahkamah.


6

Dalam satu temu bual yang terbaru dengan Mingguan Wanita, Zahnita yang berusia 39 tahun turut berkongsi bahawa dia terpaksa menolak tawaran untuk menjadi model sebuah jenama pakaian terkenal di Malaysia meskipun tawaran itu bernilai RM150,000.

@mingguanwanita

“RM150k memang banyak tapi modeling bukan dunia saya lagi. Jakel tawarkan nilai sebanyak itu menjadi wajah kempen rayanya untuk tiga bulan tapi saya minta maaf terpaksa menolaknya. “Saya mahu beri tumpuan pada bisnes pie dan anak-anak, bukan di pentas modeling lagi. Tapi kalau ada tawaran kecilan dari kawan-kawan, insya Allah saya akan bantu catwalk. Doakan saya kuat dan niat saya nak buat sejuta pie untuk anak-anak di Palestin. #mingguanwanita #zanita

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Artikel Berkaitan: “Saya masih muda ketika itu, harapan suami akan berubah” – Zahnita Dedah 20 Tahun Hidup Seperti ‘Hamba’

Artikel berkaitan : Suami Zahnita Wilson Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Menurut Zahnita, buat masa ini, dia hanya mahu menumpukan fokusnya kepada anak-anaknya dan juga bisnesnya sendiri iaitu jualan pai.

5

Tambahan pula, jumlah tawaran tersebut memang banyak namun kini dunia peragaan bukan lagi dunianya.

Difahamkan, Zahnita menyasarkan untuk menjual 3,000 pai untuk bulan ini.

Sama-sama kita doakan agar perniagaan pai Zahnita semakin maju dan berkembang. 

Sumber: Mingguan Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.