in

Mahu Elak Dikesan Pihak Berkuasa, Pengikut GISBH Tanam Buku Di Tepi Sungai

Pengikut Gisbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes syarikat Global Ikhwan & Services Berhad Holdings atau GISB Holdings masih lagi hangat diperkatakan di media sosial selepas satu persatu ahli pertubuhan itu ditahan oleh pihak polis.

Terbaru, ada pengikut GISBH yang telah membakar dan menanam buku-buku yang berkaitan dengan ajaran pertubuhan itu untuk mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa.


Namun, menurut laporan Utusan, taktik yang digunakan oleh pengikut GISBH itu akhirnya tetap terbongkar apabila diserbu oleh pihak polis di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.

Serbuan oleh pihak polis itu difahamkan turut disertai oleh agensi yang berkaitan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa mendapati ada sebagian buku tersebut telah ditanam di tepi sungai berdekatan lokasi serbuan dan ada juga buku yang dibakar.

8 2

Artikel Berkaitan: “Sampai sekarang mak trauma” – Anak Bekas Ahli Tertinggi GISB Dedah ‘Sisi Gelap’ Organisasi

Artikel berkaitan: “13 kanak-kanak dil*wat, usia 2 tahun diasing keluarga” – Pendedahan Polis Mengenai Penghuni Rumah Amal GISB

Ini kerana ketika serbuan, pihak berkuasa turut mendapati bahawa keadaan lokasi di situ masih berbau asap.

Difahamkan, buku-buku tebal dan besar itu ditanam agar mereka dapat mengelakkannya daripada dikesan oleh pihak polis, dipercayai dilakukan oleh pengikut GISBH setelah Pegawai Eksekutif pertubuhan itu ditangkap oleh polis kelmarin.

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.