Umum mengetahui, pada 12 Ogos ini sebanyak enam negeri akan menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Terbaru, penyanyi dangdut penuh sensasi Baby Shima, atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam PRN yang akan datang ini.
Menerusi Instagram miliknya, Baby Shima memberitahu tujuannya bertanding dalam PRN kali ini untuk membela nasib rakyat.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.
Ingat, kamu (pengundi) bawa perubahan (kepada negara). Fikir-fikirkan lah anak muda,” katanya.
Pun begitu, penyanyi lagu Pura-pura Bujang itu tidak menyatakan bahawa dia akan menyertai parti politik mana atau bertanding secara bebas.
Sebagai info, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Julai lalu menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.
Fuh, bold move ni…
Baca: Baby Shima Saman PU Syed Atas Tuduhan Memfitnah