in

Mahkamah Tolak Rayuan Najib Dapatkan Dokumen Berkenaan 1MDB & Keluarga Zeti

Mahkamah Tolak Rayuan Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Seri Najib Razak telah gagal dalam rayuannya untuk memperoleh 19 dokumen perbankan berhubung syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keluarga bekas gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk perbicaraan kesnya yang melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Panel Hakim Mahkamah Rayuan telah mencapai keputusan sebulat suara, diketuai oleh Datuk Seri Kamaluddin Md Said bersama-sama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.


Tidak melakukan kekhilafan

Ya Dato Nordin

Semasa membacakan keputusan penghakiman, Datuk Nordin berkata, Mahkamah Tinggi tidak melakukan kekhilafan dalam membuat keputusan berkenaan, serta mengekalkan keputusan mahkamah tersebut.

Pada 12 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak dua permohonan Datuk Seri Najib yang meminta perbicaraan kes 1MDB mendedahkan dokumen perbankan dikaitkan dengan keluarga Tan Sri Zeti.

Ia susulan dakwaan keluarga Tan Sri Zeti yang dikatakan menerima wang dari ahli perniagaan dalam buruan, Taek Jho (Jho Low).

Datuk Seri Najib juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April lalu untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi, Tim Leissner.

Sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun

1309 Kj Dsn Ubat 2

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Datuk Seri Najib, kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap kesalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lalu.

Sumber : BuletinTV3, Malaysiakini

Baca : “Menang, salah. Kalah, salah” – Najib Kecewa Apa Yang Dibuat BN Dianggap Serba Tak Kena

Najib Razak Salah Bn 758X399 1

Sumber: Mahkamah KL
Sumber: Berita RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.