in

Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Tangguh Bicara Bela Diri

Siti Bainun Gagal Tangguh Bela Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbicaraan kes penganiayaan dan penderaan kanak-kanak sindrom down yang dikenali sebagai Bella masih dilanjutkan sehingga hari ini.

Terbaru, Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan bela diri pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali atas pertuduhan tersebut.


Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan itu adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Sebelum ini, pihak Siti Bainun membuat permohonan tersebut atas alasan perlu menunggu pendengaran semakan notis usul terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi, Khamis ini.

“Kesimpulannya saya dapati tiada keadaan khas atau istimewa dalam kes ini dan tindakan permohonan bagi penggantungan prosiding di mahkamah ini bagi kes ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

“Oleh demikian permohonan pemohon (Siti Bainun) adalah dengan ini ditolak.” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, peguam tertuduh ada meminta penangguhan atas alasan kesihatan Siti Bainun tidak begitu baik kerana  dan dia telah dimasukkan ke wad pada 28 November lalu kemudian pada 3 Disember tertuduh akan menjalani pembedahan.

Mngdbc

Pun begitu, surat bertarikh 2 Disember diserahkan kepada mahkamah tidak memaklumkan mengenai pembedahan dilakukan.

“Tiada dokumen dan sijil cuti sakit (MC) tetapi ada pengesahan surat masuk wad akibat masalah kesihatan.

Selanjutnya saya memerlukan dokumen dan penjelasan lanjut daripada peguam, maka prosiding berkaitan itu bersambung jam 2.30 petang ini.” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad membantah permohonan itu mengikut notis usul yang difailkan melalui afidavit jawapan pada Jumaat lalu.

Baca: Kes Adik Bella: Mahkamah Arahkan Siti Bainun Bela Diri Disember Depan

Ft Siti Bainun Diarah Bela Diri

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.